13 December 2010

Kisah menjaga pesakit chicken pox



Ketua keluarga kata, nak buat macamana, dah Allah bagi sakit. kenalah hadapi. Assistant keluarga pula taknak cakap banyak nanti lagi sedih. Mana mungkin tak rasa apa-apa kalau tengok biji-biji chicken pox a.k.a CP tumbuh sesedap rasa di bibir..kelopak mata dan hampir seluruh badan hero kosmos tu.

Walaupun CP makin banyak, tindakan pencegahan dan pengubatan harus diteruskan. Bukan senang nak pisahkan dua beradik bak belangkas tak sama saiz. Peluk-peluk dan kejar mengejar tetap diteruskan walau banyak JANGAN telah dimaklumkan.

Hari ni masak sup ayam. Seminggu ni kena masak rebus-rebus je. Berpantang seisi keluarga sebagai tanda sokongan tak berbelah bagi. Doktor kata boleh buat sup ayam, tapi buang kulit. off course did sebab kalau lady mama yang masak, kulit ayam adalah benda terlarang dalam makanan. Takde masalah

Nak letak daun semambu sebagai lapik tilam nampak tak praktikal. Budak dah 3 tahun. bukan boleh duduk diam. Waktu tidor pun dia lasak inikan pula nak suruh dia baring diam2 kat situ. Habis susu sebotol bangun lah dia. Kejap lagi nak beli sabun daun semambu, kat maiden banyak. Pakai sabun tu, ok kot dari takde.

Benda sedih tak boleh cerita banyak2. Diam ketap bibir, usaha dan doa pada Allah. Apa kata kita main teka tekuk

Gambar sebelum

Gambar selepas


Good boy, patuh arahan. Ketuk2 manja di tempat yang gatal. Jari tidak dibenarkan


Camne ropa syafig lepas ni?

Cepat baik ye. Nanti mama boleh bawa mandi kolam. Our plan will postpone to other date. Get well soon, dear.


2 comments:

Yati said...

Kesian dia, kena chicken pox ya. Semoga cepat-cepat baik. Bagus la kena waktu kecik ni, Epit. Anak aku yang sulong dah kena masa 2 tahun. Takde tinggal parut.

Don & Nor said...

alalalala...syiannya..kena gak rupanya anakandamu ituu..
harapnya cpt sembuh. mesti lbh hensem dan macho lps nii..