31 January 2011

Family strategic planning


Sape kate kementerian je ada strategic planning. Family ai pun ader....Ia dinamakan family startegic planning ye tuan/puan....

*muahahaahh..ketawa tanpa sebab, apa kess*


Apa yang terkandung di dalam planning tersebut adalah berkisar pertambahan keluarga, tempat tinggal, pendapatan dan macam-macam lagi yang semestinya kena ada indicator yang lojik, tercapai dek akal dan kemampuan. 

Entry ni nak fokus pada FSP yang pertama tu..tambah ahli keluarga.  Sape yang atur strategi? off course le ai sebab ai ni kuat berpikir. Dari kecik macam tu, tapi orang kata kuat berangan so untuk nampak realistik, kita tukar kepada kuat berpikir. ..harap maklum, yea kuat berpikir okey :p Kawan-kawan pun sure ada perancangan kan. 

Ai dulu masa anak sulung, dh agree ngan hubby, genap je Syahmi setahun setengah, maka terusla ke kekdah menambah untuk dapatkan dia kawan. Nampaknya Allah makbulkan, lahirla syafiq. Tapi syahmi kena stop breastfeed masa dia 1tahun 9 bulan sebab time tu tengah ngandung 3 bulan. Tak larat weih..muntah & mabuk segala. Nak jaga diri pun tak larat.

Dan perancangan di teruskan nampaknya. Syukur, Allah perkenankan doa. Genap Syafiq 3 tahun bulan Oktober lepas, maka kekdah yang sama dibuat.. 

*shy...wink..

Cuma bezanya, masa tu dapat pula offer JICA untuk ke Tokyo start 25/10 till 11/11. Sengaja jarakkan jauh sikit sebab nak menjaga 2 hero sangatlah tidak senang ye, harap maklum. Perlukan kekuatan mental, fizikal dan yang penting pitching tidak lari supaya jeritan merdu dapat dilontarkan dengan jelas, nyata dan terang.

Now, lega...dua beradik tu help each other. Macam kata syahmi kat adek "Kita adik beradik kena menolong menolong" Kagum dengan ayat berganda dia. Sapo la yang ajar tatabahasa tu. Syafiq untung, dapat breastfeed sampai 3 tahun. Serius rindu dia lain macam. Sebab dah biasa dia datang kat kita, kita peluk2 sambil breastfeed...lama ooo 3 tahun. Bila dia stop ( tu pun jenuh nak putus susu) rasa rindu plak. Kadang2 pujuk juga dia datang, baring sebelah...saje nak peluk2..huhuu..

Secara rasminya ikut perkiraan doktor, insyaAllah due 18 September, lepas raya. Sempat ai makan rendang. Makanya dalam keluarga fathul sekarang ni; carta organisasi adalah seperti berikut :

Sambutan hari lahir secara berjemaah Keluarga Fathul
 

Moral of the story, syahmi kena la ada partner kan? Rasanya yang itu, takmoh rancang detail lagi..tunggu la dulu....Kita merancang Allah yang tentukan. tawakal. Kawan-kawan yang nak share uol punya plan..respon la ye

Ekceli nak cerita pasal the beauty of pregnancy, saat-saat menempuh morning sickness, evening sickness & macam2 sickness lagi sepanjang 1st trimester ni. Lain anak lain pulak ceritanya. Tunggu next entry yea, kalau larat. :p


27 January 2011

Majlis untuk KSU KKM



Selasa lepas dapat jemputan untuk hadir majlis sempena persaraan KSU KKM; Dato' Sri Dr. Hj. Mohd Nasir bin Mohd Ashraf. Memandangkan majlis dibuat di Concorde Shah Alam yang tentu-tentunya cuma sebelah bangunan saja, maka semangat nak pergi pun membuaks...tak sedar hormon tak stabil, mood tak menentu ada hati nak pakai baju baru & attend dinner :p

Majlis start pukul 8 malam, makanya sempatlah balik rumah & minta asben hantarkan. Sebelum tu dah umpan budak2 ni suh abah belikan kfc, mama ada work...*work la sangat kan!!

Secara keseluruhan, majlis berjalan lancar. Cumanya bagi si ibu mengandung, dan mungkin juga orang lain yang sememangnya tahan perut sebab nak dinner best akan merasa kelaparan yang boleh dikategorikan tahap gaban bila mana makan malam mula dijamu sekitar 9.40 malam.

Bersama Ketua Pengarah KKM

Bersama yang dirai, Dato' KSU & juga Menteri Kesihatan

Selamat Maju Jaya kepada Dato' KSU. Terima kasih di atas jasa yang disumbangkan beliau sepanjang berkhidmat.

25 January 2011

Fun around us


Misi minggu lepas adalah mencari tempat best untuk budak-budak. 

Ok, tipu...memang bukan minggu lepas jek..sebenornya apa-apa pun misi kekeluargaan, fokus adalah tempat yang menarik untuk kanak-kanak riang berdua tu. Laen la kalau misi kechentaan..ha yang itu, belum teringin pun nak cerita dalam blog. nope..nope! 

Memandangkan satu kerugian jika bawa ke Jaya Jusco, sebab

pertama-> budak2 akan tuju ke tempat kereta (drive sendiri ko..kellas!). Harga berdua adalah 10 hengget untuk 10 minit.
Kedua-> akan disusuli pula permintaan untuk membeli aiskrim mcD dan sambungan mintak syiling untuk naik kereta dingdong yang main musik tu

Ops...belum termasuk lagi nak itu ini kalau lalu kat sepanjang kedai. Makanya dari perasaan makbapak yang seronok, terus mood merudum. nanges!

Jadi minggu lepas kami telah ke Giant Seksyen 13. Di situ memang ada playground besar. Then lepas puas main, umpan pula ke Taman arnab kat sebelah giant. Off cource keterujaan mereka bertambah-tambah. Berbaloi sebab harga per entry 3 hengget seorang, kalau family pakej (consist of 3adult, 2children) bayaran cuma 10hengget per entry. Tapi kena tambah sket la, sebab beli carrot yang harga seplastik 1 hengget. 

Taman dibuka setiap hari, 10 pagi hingga 10 malam. Duduk la ekau dalam taman astakona kecik tu, seat disediakan dalam 4 buah, then kaki dikelilingi arnab-arnab yang tetiba jek jadi manja bila nampak carrot. Sape taknak kan? 



Haishh....susah betul nak snap gambar benda bergerak-gerak. almaklumla, ai nye kamera bukan dslr. apa yang ado je.




 
  

Seronok arnab-arnab ni. Sakan makan carrot




 Sapa mau makan, sila lompat tinggi-tinggi!

 

Sekor-sekor buat muka manja...haishhh, kuat bodek nih


Taktau apa motif arnab sekor ni. Layan blues ke senggugut. Yang lain dok kerumun kitorang, dia sekor-sekor dok kt ceruk makan daun kelapa. confuse

 
 


  Alololor...tomeynyer.

Nak lepak dalam tu lama-lama pun takpe selagi tekak & hidung dapat menerima bau-bau sang arnab itu.Kat situ pun ada dijual arnab. Siapa-siapa yang nak beli, boleh la buat lawatan tapak. Macam-macam ada..


17 January 2011

Jauh berjalan, sakit urat


Susulan dari kejelesan melampau membaca blog sis kherun pasal dinos alive, maka kami anak beranaks 4+1 telah pun ke Pusat Sains Negara bagi merealisasikan impian si ibu anak yang tak sabar-sabar nak tengok dinasour, katanya.

Nasib semalam tak ramai, maybe dah lepas cuti sekolah, jadi keadaan terkawal. Cari parkir pun senang, tak perlu menapak jauh. Kepada sesiapa yang terjeles tiba-tiba, sila lah buat lawatan ke sana dengan anak-anak anda. Pameran dino dibuka hingga Mei 2011. *





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Ehem...ada harapan jadi pelapis negara tak? Gaya dah ada nih
 

 
 
 
 
 Dengan kuasa bulan........

 Akan menghukummu.....hiyarggggghh.!!






 
 Wajah-wajah stress tunggu abang tak siap-siap....cantek la sangat sand art dia tu :p.



 
 
 

Budak-budak kalau dah masuk situ taknak keluar. Dari pukul 10 pagi sampai ke 3 petang berkampung kat dalam tu. Mata melilau ngalahkan pak guard. Sorang pantau yang kecik, sorang lagi tengok si besor. Tak terkejar juga sebab depa boleh menyelinap ke sana ke mari. Jadi, pesanan kepada ibubapa, siap-siap la korang bawak bekal segala. kalau nak bawa handyplast pun sangat dialu-alukan. Mana taukan melecet-lecet kaki dibuatnya. Apapun, cuti semalam memang berbaloi. Berpeluh hingga ke celah ket**k ....auwww..tak kosa!

03 January 2011

Proud of u


Saje bagi tajuk omputeh...sebab tak berapa feel. Karang kalau feel payah juga, nanti ada yang banjir di opis. Hari ini my syafiq first day masuk KEMAS. Walaupun umur dia baru 3 tahun 2 bulan, tetapi secara teknikalnya dia dah berumur 4 tahun dan berjaya masuk ke tadika idamannya. Sepanjang tahun lepas setiap kali lalu situ mesti tanya, bila dia boleh sekolah.

Pagi tadi dia memang semangat. Mulut ni berdoa juga, Ya Allah...harap-harap semuanya lancar. nak tinggalkan budak kecik tu...berat hati juga because his brother is not there to be his bodyguard. Almaklumla si gendut mama masih berbintik. Belum sembuh.

Masuk kelas bukan main ramai....parents..Rasaya lebih ramai dari student. Ada tu, yang siap datang 1 keluarga. Macam-macam ragam...ada yang menangis..ada yang lari keluar. Tapi my syafiq steady. Tinggalkan dia kat kerusi, salam peluk cium...bagi nasihat sket & minta izin keluar ** wah gitu, mak minta izin anak??

Actually itu  yang ai praktikkan. Kiranya nak kongsi tips dengan kawan-kawan yang sudi membaca dalam blog ini. Bukan la minta izin apa...Minggu lepas hampir setiap hari bagi kata-kata semangat dan perangsang pada dia supaya dia berani & kita explain pada dia kenapa dia perlu berani. Then  today...ai tanya..."syafiq, mama nak pergi kerja ye..sayfiq boleh tinggal sini dengan kawan-kawan?" bila dia angguk, ...means dia ready la tu. So jangan risau tak tentu pasal. Lebih baik tinggalkan dia dengan cikgunya. Takut nanti lagi lama kita disitu, lagi dia rasa comfort ada kita & macam-macam hal lain pulak yang akan jadi.

Keluar kelas tadi dengan hati berbunga-bunga. Mama bangga, sayang..!! Anak mama berani...

Walaupun baju ai jambu..hati ai kental tau :p