27 January 2011

Majlis untuk KSU KKM



Selasa lepas dapat jemputan untuk hadir majlis sempena persaraan KSU KKM; Dato' Sri Dr. Hj. Mohd Nasir bin Mohd Ashraf. Memandangkan majlis dibuat di Concorde Shah Alam yang tentu-tentunya cuma sebelah bangunan saja, maka semangat nak pergi pun membuaks...tak sedar hormon tak stabil, mood tak menentu ada hati nak pakai baju baru & attend dinner :p

Majlis start pukul 8 malam, makanya sempatlah balik rumah & minta asben hantarkan. Sebelum tu dah umpan budak2 ni suh abah belikan kfc, mama ada work...*work la sangat kan!!

Secara keseluruhan, majlis berjalan lancar. Cumanya bagi si ibu mengandung, dan mungkin juga orang lain yang sememangnya tahan perut sebab nak dinner best akan merasa kelaparan yang boleh dikategorikan tahap gaban bila mana makan malam mula dijamu sekitar 9.40 malam.

Bersama Ketua Pengarah KKM

Bersama yang dirai, Dato' KSU & juga Menteri Kesihatan

Selamat Maju Jaya kepada Dato' KSU. Terima kasih di atas jasa yang disumbangkan beliau sepanjang berkhidmat.

5 comments:

nohafiza said...

amboi2 sakan ye.
pn. nasra gojes la malam tu.

mekchu said...

dah ada boss baru ke? lain macam membuak ko kali nih kan... lambat beno makan nye tuuuu...

cerita la pasal preggy ko kalo nih.. dah bp mggu? expected bila.. semua2 laaaa...

ummi sofiyyah said...

salam Fid,
Ni kak Riza la...

oiitt...baru tau....tahniah!!!
berapa minggu dah?
betul la penangan gi Jepun ni...hihihi..

chekpid said...

fiza : bos nasra of course gojes :)
mekchu & ummi sofiyyah..haha mana boleh sblm gi jepun...kalo tak, tak merasa le ke disneysea bagai tu. nanti yea, ada masa kita wat en3 preggy mommy

CikSembang said...

akak rasa mmg dah sesuai cehkpid menambah ahli keluarga. lambat2 nanti rugi masa..hehe..ada byk lagi plan akan dtg dlm FSP tu.
nak suh amik tips anak pompuan dah pegnen lah pulak..hehe.. take care