26 April 2011

Jawapan tanpa sempadan



Funny story happened last nite

Kami pergi mall. Almaklumla saiz ku sudah bertukar dari XS ke M. Banyak baju besor baju kecik yang kena ditukar sekali. Makanya sesi shopping dijalankan. Sekarang banyak sale sebab Mother's day akan disambut tak lama lagi. Dah habis duit borong pada baju, plan nak singgah ke Watson. Tapi disebabkan Syahmi masih leka di toy's area, kena lah abahnya temankan. Syafiq beriya-iya nak ikut. Dalam watson tu memang hakak the only customer yang ado.. apa taknya, dah nak tutup. Tengah leka pilih barang..adik-adik sales man dok menyakat syafiq. Si kenit tu cuma senyum sipu-sipu...

Keluar dari watson, saja tanya budak kecik tu. "Kenapa adek senyap. abang tu cakap hai-hai kat adek.."

Dia terus jawap dengan lancar...
.
.
.
.
.
.
"Adek malu......adek tak pakai spender"

Dan-dan tu.rasa nak kentut gelak guling-guling dengar jawapan dia. Tapi mak kontrol vogue...masuk kereta cerita kat pakwe, apa lagi gelak besor la kitorang.

..Adoyai, adek...adek...abang tu bukannya tau ...


25 April 2011

S.e.k.s.a


Ada satu perkara yang menyeksakan bila mengandung.... 

  • Muntah ijau setiap pagi --> Tahan. mata berair-air pun tahan. Sebab lepas itu akan rasa lega. Nak pergi kerja pun lebih bersemangat.
  • Sakit pinggang --> Semakin membesar perut, semakin pinggang ini berdenyut-denyut. Tapi ada ubatnya. Baring, insyAllah...lega la juga dari terus sakit sepanjang hari
  • Tidur tak lena--> Ngiring kiri salah..kanan salah...Biasanya berlaku dekat 7-8 bulan kot. Termasukla cramp tengah malam. Pakwe dah paham benar. Kalau terjerit-jerit tu, dia bangun (siap pejam mata lagi)...lentukkan kaki ke arah dalam, insyAllah, cramp hilang



Apa yang seksa adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 minum susu...!!!

Memang tak lalu. Anak nak masuk 3 ni pun masalah yang sama masih berlaku. Seeloknya memang la kena minum kan. support kita untuk tambahan kalsium. Maklumlah, banyak zat dalam badan kena kongsi & salurkan pada baby juga. 1st baby dulu, beli 1 tin besar. Excited. Kesudahannya, sampai masuk anak nombor 2 susu masih berbaki setengah. Nak buang sayang, beli sudahlah mahal. Jadi display kat rak dapur dekat 2 tahun, baru puas hati nak buang..punyalah...!!

Yang sekarang..konon nak pujuk hati. Try susu segar..manalah tau boleh masuk. Bila setiap kali minum sakit perut...dan pening lalat sepanjang hari...mual..pening...segala macam masalah. Akhirnya bendera putih juga ku kibarkan.

Memang susah sangat minum susu. Cerita juga pada mak. Mak kata " Ko dulu memang tak suka susu. Asyik nangis je. sudahnya mak sumbat air rebus nasi baru diam"



....**patut pun**...

Jadi, untuk menyedapkan hati, langkah pencegahan yang dilakukan untuk menambah kalsium adalah dengan mengambil pil, banyakkan makan ikan bilis dan juga sardin, ok?




 Pagi tadi kan, dapatlah satu bungkusan.
.
.
.
.





Sample susu...kawan recommend la nih...Mari kita positif. Puan Rafidah...sila cuba ...Usaha tangga kejayaan



22 April 2011

Bila hati dah berkenan


...sumber en gugel....


Mari kita bercakap menaip tentang strawberry hari ini. Siapa-siapa yang suka buah ni mereka adalah sepesen dengan hakak. Apakah keistimewaan dan tarikan buah strawberry?  * ala-ala bentuk soalan rumusan tingkatan 1..

Sesetengah orang tak suka sebab masam tapi i suka serius tahap kuasa nano.. Bentuk dah ropa lep2, sangat eksotik...kaler pulak merah menyala...memang memikat kalbu. cer korang cium bau dia pulak..perghh, sungguh mempesona, mengujakan, menenangkan dan macam-macam feel lagi. Tapi description di atas ditujukan kepada buah strawberry di Cameron highland...setakat ni situ je yang best. Kalau di Genting, kureng sikit. Buah kecil & macam tak nyenyempat nak tunggu masak dah dipetik untuk dijual. Maka banyaklah buah yang dijual berwarna separuh merah oren dan separuh putih. Itu i pergi last year. X sure kalau sekarang dah ada kemajuan.

Kalau kat cameron kan, yang jual kat pasar malam tu kecik. Tapi kalau pergi kat pasar basah...yang area brinchang tu...makaihh marvelous. besor duit limaplosen. kaler usah cakap la...merah makngah ngalahkan gincu. Makan gitu jek dah best. Tapi kalau cicah gula pun best..Pernah tak dengar statement buah strawberry makan kat atas manis, tapi kalau bawa balik rumah jadi masam. Percaya ke? i guess sebab bila kita makan kt atas bukit tu, bukannya rasa manis. Tapi sebab cuaca sejuk, so makan benda masam pun tak terasa masam... (boleh pakai tak jawapan tu). Kalau ada jawapan lain, korang bagitau ye...

Nota jari berinai : Taip en3 ni pun dah rasa terliur..aduss

20 April 2011

Pengarah produksi ...


Sebulan yang lalu....(eceh...skema intro) memang dilanda kebizian di opis untuk menyiapkan video persaraan pengarah. Saja challenge diri sendiri (dlm erti kata lain paksa team untuk akur jugak). Valuable skill untuk dibelajar. Kalau ikut harga pasaran, hire vendor je boleh reach 7-8k. Mana la tau kan...kot ye pun nak bersara pilihan nanti...ada jugak kemahiran lain untuk cari makan....*berangan membawa kejayaan...

Sangat gumbira bila colleague sentiasa membantu & memberikan idea2 bernas sehinggalah ke majlis persaraan. Alhamdulillah berjalan lancar. Walaupun I tak jadi mak penganten yang menyambut tetamu malam tu..tapi sokongan penuh ditujukan pada semua urus setia yang best & komited. Dag..dig..dug jantungku menunggu saat tayangan video dibuat. A few gambar ditempekkan disini. Yang lain masuk fb...

 
Sebahagian krew produksi semasa sesi penggambaran

Kiri kanan cameraman, si tudung biru?
kata ACTION & CUT..!!

Eceh...gaya mesti vogue


Full rehearsal di sepanjang hari. Dari mc, bawa ke persembahan artis, video, sound check,  & macam-macam lagi

  

Team IT

AJK Siaraya
  

Malam Kasih Seiring Budi, Hotel Concorde Shah Alam [15.4.2011]. Presentation best. Makanan sedap. ..Marvelous

Pengganti Suhaimi Mior Hasan.
Ala yang nyanyi masa ABPBH tu..


Sebahagian urus setia yang memang setia sampai habis majlis

Pose dulu sebelum hangkut bunga2-an bawa balik rumah

14 April 2011

Mainan ilmiah


Lama giler tak main....tapi bila dah mula payah benor nak berenti

Dulu tak reti pun main benda ni. Nasib ada mekchu my x-opismate tu...** tenkiu la eh..sebab ko aku terjebak dalam kancah penomboran ini...**

Siapa yang tak pernah try, amatlah di alu-alukan. Kepada yang ada genetik gelabah, memang highly recommended untuk mententeramkan jiwa. Apa taknya, kalo ko gelabah memang tokleh pk...bila tokleh pk ko takde strategi...bila takde strategi kompom 7 hari 7 malam tak siap 1 pun exercise tu...haha...

Sekali sekala menggunakan otak untuk berfikir benda-benda macam ni, bagus juga. tidaklah kepala ku berkarat. Minggu lepas masa lalu depan kedai buku, mata ni terus tangkap pada sudoku. Apa lagi...sambar satu untuk hiburan berilimiah di masa depan...!


W/pun masih level Gentle masuk hari ke-4,
daku pasrah



11 April 2011

i feel good.......



Kepada wanita bekeluarga di luar sana

Mari kita mengingatkan anak-anak masing-masing supaya jaga keharmonian keluarga & janganlah bergaduh adik beradik sampai putus saudara. Mana tahu bila mereka dah besar nanti, isu kecil boleh jadi besar..bergaduh, bertumbuk sampai masuk court ke..berebut harta pusaka ke....(nauzubillah..minta dijauhkan). Ingatkanlah mereka betapa seronoknya zaman kanak-kanak yang pernah mereka alami :p











** Nota jari berinai : saja tempek gambaq besaq-besaq..kasi feel

08 April 2011

Mengidam...kah?



Minggu lepas kan...pergi la jalan-jalan kat JJ. Memang semput la bila tuan punya badan yang dah banyak lemak kat sekitar kaki ni di suruh berjalan-jalan kat dalam shopping mall tu.Tapi atas sebab-sebab tertentu ku gagahkan jua...*eceh

So, singgah la kat satu kedai kasut..dalam dok tunggu pakwe cari sandal dia, kita pun nak mene ry sepasang dua sandal kat situ..brand sc**ll you. ...kalau ikut citarasaku..design memang out..tapi bila pakai...perghh terbaek2...selesa sampai ke urat keting!

Tak puas hati nih...takkan la nak pergi opis pakai selipar jamban ...terus belek-belek lagi...cari yang agak-agak sesuai la..yang ala2 sandal gitu. Dah berkenan kan..baru la tengok rege

HUh...sadis...agak2la kan kalau nak beli dengan harga beratus. 3 malam punya pikir. Cuba bertindak rasional la kunun...aku ni ngidam ke? perlu ke?...ke gatal tangan nak beli? cer jawap sendiri...

Memang terbayang-bayang..tak tipu wok. Tanya opismate

Jadi malam tadi keputusan dah dibuat. Hinopsis adalah seperti berikut

Anda mengandung?

Ya...


Anda perlu sandal yang selesa?

Ya...tanpa kompromi


Anda perlu sc**ll atau anda perlu sandal?

erk.....hmm...aaaa...




Kalau begitu yang anda jawap... maka rumusannya adalah -->





"elo cik kak..beli ikut mampu. setakat sandal ko nak beli sampai 180 hengget...ater kata nak berbelanja secara berhemah...nak sahut seruan jihad berbelanja. Baik ko pk betul2...ko ngidam ke ko ngada2..."




....mode : sepi.....

-
-
-







Selepas bermuhasabah diri...malam tadi ke JJ lagi. Nekad dah ni...

-
-
-







Ini lah hasilnya. Lebih warna-warni...3 kali lebih murah...pakai pun best...ambik je la.

Dan sebagai meraikan kejayaan membuat keputusan...balik JJ bodek pakwe pekena roti canai anak beranaks...best!