20 April 2011

Pengarah produksi ...


Sebulan yang lalu....(eceh...skema intro) memang dilanda kebizian di opis untuk menyiapkan video persaraan pengarah. Saja challenge diri sendiri (dlm erti kata lain paksa team untuk akur jugak). Valuable skill untuk dibelajar. Kalau ikut harga pasaran, hire vendor je boleh reach 7-8k. Mana la tau kan...kot ye pun nak bersara pilihan nanti...ada jugak kemahiran lain untuk cari makan....*berangan membawa kejayaan...

Sangat gumbira bila colleague sentiasa membantu & memberikan idea2 bernas sehinggalah ke majlis persaraan. Alhamdulillah berjalan lancar. Walaupun I tak jadi mak penganten yang menyambut tetamu malam tu..tapi sokongan penuh ditujukan pada semua urus setia yang best & komited. Dag..dig..dug jantungku menunggu saat tayangan video dibuat. A few gambar ditempekkan disini. Yang lain masuk fb...

 
Sebahagian krew produksi semasa sesi penggambaran

Kiri kanan cameraman, si tudung biru?
kata ACTION & CUT..!!

Eceh...gaya mesti vogue


Full rehearsal di sepanjang hari. Dari mc, bawa ke persembahan artis, video, sound check,  & macam-macam lagi

  

Team IT

AJK Siaraya
  

Malam Kasih Seiring Budi, Hotel Concorde Shah Alam [15.4.2011]. Presentation best. Makanan sedap. ..Marvelous

Pengganti Suhaimi Mior Hasan.
Ala yang nyanyi masa ABPBH tu..


Sebahagian urus setia yang memang setia sampai habis majlis

Pose dulu sebelum hangkut bunga2-an bawa balik rumah

No comments: