27 June 2011

Persediaan sambut orang baru


Dah 7 bulan ni, rajin la buat checklist apa nak beli, apa nak ready. Kejayaan yang telah dicapai last weekend -->
  1. Selongkar baju-baju lama. Buat housekeeping. Mana yang nak pakai atau nak kena loyong. Basuh siap-siap & ready dalam bakul tunggu masa hangkut kalau jadi berpantang kat kampung (belum habis pikir lagi)
  2. Semua peralatan menyusu dah siap rebus & simpan dalam tupperware (Cepat sangat eh?). Support fully breastfeeding up to 6mths, katanya. Cari botol susu pun kena pastikan free BPA. Senang buat stok dalam peti ais nanti.
  3. Baju baru baby beli juga beberapa pasang. Tak tahan, colorful seh!! comel-comel pulak tu...Penangan JJ 10 minit dari rumah (alasan)
  4. Barang-barang kelengkapan yang lain pun dah ready, insyaAllah. Bedak, minyak, pampers etc
Masuk bulan 7 nanti, kena selongkar stor lagi. Nak cari katil & baby car seat. Rasanya berabuk mau 7 layer tu.  Boleh pakai lagi kot. Tengok condition macam mana. Tak boleh kemas awal. Nanti hero 2 orang tu sibuk menery juga. Mau jahanam sebelum waktunya, ish..takmo! Yang tinggal cuma mummy's stuff macam jamu, bengkung etc. Takpe-takpe, boleh kautim lagi. 

Bulan 8 nak rehat. Almaklumlah bulan Ramadhan. Rasanya dah tak sesuai kot nak mengemas time tu. Kepala ingat menu nak buka puasa jek...wink!! Dulu 1st baby, alah teruk bulan puasa, waktu tu preggy minggu ke-5. Berat sampai jatuh 38kg. Puasa juga, sebab kalau tak puasa pun bukannya larat makan. Asyik muntah ijo je tiap2 pagi. 2nd baby bersalin 20 ramadhan. Alhamdulillah berjaya puasa sampai ke hari bersalin. Yang klakonya sehari sebelum tu memang ambil cuti, mengecat rumah kau! Buat sorang2. Punya semangat lain macam, tak nyenyempat tunggu hubby cat hujung minggu. 3-4 dinding jugaklah ku catkan hijau. No wonder syafiq suka benau kaler tu dari kecik. Kenan kot. Yang ke-3 ni harap2 dapatlah puasa penuh...Semoga dipermudahkan, amin.

23 June 2011

He turns to 6



Petanda semakin jelita adalah apabila anak anda semakin membesar di depan mata dengan angka bertambah-tambah baik si anak mahupun maknya

Anak sulung kami sudah 6 tahun maa.Tahun depan dah sekolah rendah. Harap-harap dapatlah sekolah rendah agama integrasi kat seksyen 7 tu. Bulan lepas dia exam wok! dasat betul jaman sekarang..nak masuk darjah 1 pun ada exam. Bukan calang-calang plak tu. Kami dah tengok contoh-contoh soalan..memang dasat, menakutkan, merisaukan...macam2 feel ada. Soalan bahasa jawi, rumi, mate, english semua ada. Kalau Syahmi lulus, syukur alhamdulillah...kalau dia tak dapat pun memang tak heran..Ada sekolah lain kami dah apply ** ayat dgn nada riak bagi mengcover line. 

Okey, taknak cerita pasal sekolah. Kita tunggu result keluar minggu depan. Time tu sure ada en3 lepas geram atau en3 happy happy yippi. 

Sambung cerita perenggan pertama selepas jauh mengayuh.

Last year syami kat tadika, jadi kami decide nak buat majlis birthday dia kat sana. Punya happy budak tu sampaikan tiap-tiap hari tengok kalendar tunggu masa nak sambut. Kami buat simple2 je...beli kek, beli jajan & buatkan sosej roll kesayangan ramai tu. 



 Tak tergamak nak ambil gambar penuh. Separuh pun dah nampak membuaksss. Memang tahap kekembangan yang jelas, nyata & terang. Time ni tersampai awal. Budak-budak tengah belajar. so layan diri kat hujung sudut. Lenguh montot mak menunggu!!


Syahmi 1 group dengan syafiq. xtvt mengunting & menampal susunan perkembangan biji benih sampai la tumbuh pokok. Kita tengok dari jauh je. Pandai-pandai korang la. Nasib jawap betul. Malu ai kalau salah!!

Ini lah kek ultraman yang diidam-idamkan sangat.Sedap kek baker's cottage. Fresh cream..so tak muaksssss





 
Sejuk perut bila tengok adik beradik sayang menyayang macam ni...wink!!!
Topi untuk syafiq kena ada jugak kalau taknak dia sentap. Bila bagi kamera..habis gambo kawan-kawan di snap sana sini..yang tunjuk gigi rongak ada, yang pose peace tak sudah-sudah pun ader...layannnn!! 
Akhir sekali adalah sesi mengagihkan zakat jajan oleh birthday boy


Majlis berjalan lancar. Yang tak berapa bestnya, esok pagi tu syafiq dah emo semacam. Pagi-pagi suruh bawak ke kedai kek. Dia pun nak sambut birthday juga. Haisshh, jenuh memujuk. Nasib cikgu take over. Kalau tak, ai masuk lambat lagi ke opis untuk kesekian kalinya...erkk!! bulan ni dah berapa kali lewat eh..



17 June 2011

Teka teki teka tekuk



Rasa menggedik plak hari ini nak berpantun bagai....


Pokok Ros banyak duri
Ada sesiapa kesah?....yang penting wangi
Wahai tuan hamba yang bijak bistari
Cuba tafsirkan lukisan ini..ada berani?



Niat di hati nak buat contest. Tapi tak sampai hati bila memikiorkan tak mungkin ada yang menang. My confident equal to100 kuasa nano atau nak brutal lagi...kerat jari seploh kalau ada yang betul! Jadi atas rasa sympathy & empathy, contest tak jadik buat (kejam!)

Gambar di atas adalah hasil lukisan abangadek, syafiq. Stress kalau nak kaji..nak gali..nak selami maksud disebalik lukisan itu. Jadi jalan senang..kau tanya jek kat dia apa yang dia lukis.


Intro dia macam ni...(kena ekspresikan dengan wajah excited supaya dia berminat menjawap soalan dari peminat tegar pangkat makcik2)

Wah! cantiknya lukisan.......hebattttt, (pastikan ada slang mingming wonderpet ok)
Adek lukis apa?


Dan jawapannya diringkaskan seperti berikut :


A : Air terjun ............. ok masuk akal. kompom B tu ombak
B : Ombak.....hmmm kata dah

dan yang seterusnya memang tak boleh diteka lagi. Kena terima jawapan seadanya dari pelukis

C : Ikan kembung...maybe sebab fav fish dia kot
D : Ikan pari....
E : ku sangkakan rambutan, tapi kejadahnya dalam laut kan...so dia jawap E = sotong...again, tekaanku meleset
F : Aiskrim.
G : Orang jual aiskrim kat atas bukit

Gitula alkisahnya, giler dahsyat dia punya imaginasi...layan kan ajer!!




02 June 2011

c.r.a.m.p


Minggu ini sudah 2 kali kakiku cramp. Kali pertama tu just introduction. Kena pada jari kaki tengah. Pagi tadi kena lagi. Tegang urat-urat sepanjang betis. Dan seperti sebelum ini, bila perkara itu berlaku ada la jeritan tak berapa nak merdu di pagi hari untuk bangunkan partner sebelah. Kekdah terbaik yang telah di ajar pada pak incek -->
  1. Sebelah tangan angkat kaki isteri dichentai...ampu pada betis
  2. Letakkan tapak tangan lagi sebelah ke tapak kaki perempuan itu
  3. Tolak perlahan-lahan ke arah dalam...atau dengan kata lain, tolak la kaki tu menghadap perut minik
Biasa dalam 10sec cramp akan hilang. Takde dah tegang kaki yang boleh membuatkan kita menjerit macam nak meroyan. Cuma effect tegang tu ada la. tak boleh hilang sekelip mata. Pergi opis tadi pun kaki masih rasa sakit-sakit manja gitu.
Ada petua kata, bila nak tidur letak kaki tinggi-tingi. Maybe put 2 pillows. 

Haisshh...masalah problemnya...sebelum tidur memang la cantik terletak. Tapi kalo dah namanya perut membesar...mana maunya tidur diam-diam gitu. kena gak mengereng kiri kanan cari port selesa. Lupa dah pose kaki macamana

Apa nak buat..tempuh je lah. Bukan selalu pegnen pon :)

Nasib pagi ni pakai baju & selendang baru (ada ati nak eksen). Rasa ceria je di pagi yang indah ini..


Nah!! hadiah rose cameron untuk korang. Semoga ceria selalu..!!