27 June 2011

Persediaan sambut orang baru


Dah 7 bulan ni, rajin la buat checklist apa nak beli, apa nak ready. Kejayaan yang telah dicapai last weekend -->
  1. Selongkar baju-baju lama. Buat housekeeping. Mana yang nak pakai atau nak kena loyong. Basuh siap-siap & ready dalam bakul tunggu masa hangkut kalau jadi berpantang kat kampung (belum habis pikir lagi)
  2. Semua peralatan menyusu dah siap rebus & simpan dalam tupperware (Cepat sangat eh?). Support fully breastfeeding up to 6mths, katanya. Cari botol susu pun kena pastikan free BPA. Senang buat stok dalam peti ais nanti.
  3. Baju baru baby beli juga beberapa pasang. Tak tahan, colorful seh!! comel-comel pulak tu...Penangan JJ 10 minit dari rumah (alasan)
  4. Barang-barang kelengkapan yang lain pun dah ready, insyaAllah. Bedak, minyak, pampers etc
Masuk bulan 7 nanti, kena selongkar stor lagi. Nak cari katil & baby car seat. Rasanya berabuk mau 7 layer tu.  Boleh pakai lagi kot. Tengok condition macam mana. Tak boleh kemas awal. Nanti hero 2 orang tu sibuk menery juga. Mau jahanam sebelum waktunya, ish..takmo! Yang tinggal cuma mummy's stuff macam jamu, bengkung etc. Takpe-takpe, boleh kautim lagi. 

Bulan 8 nak rehat. Almaklumlah bulan Ramadhan. Rasanya dah tak sesuai kot nak mengemas time tu. Kepala ingat menu nak buka puasa jek...wink!! Dulu 1st baby, alah teruk bulan puasa, waktu tu preggy minggu ke-5. Berat sampai jatuh 38kg. Puasa juga, sebab kalau tak puasa pun bukannya larat makan. Asyik muntah ijo je tiap2 pagi. 2nd baby bersalin 20 ramadhan. Alhamdulillah berjaya puasa sampai ke hari bersalin. Yang klakonya sehari sebelum tu memang ambil cuti, mengecat rumah kau! Buat sorang2. Punya semangat lain macam, tak nyenyempat tunggu hubby cat hujung minggu. 3-4 dinding jugaklah ku catkan hijau. No wonder syafiq suka benau kaler tu dari kecik. Kenan kot. Yang ke-3 ni harap2 dapatlah puasa penuh...Semoga dipermudahkan, amin.

7 comments:

fieda said...

semoga selamat dan dipermudahkan urusan olehNYA...amin...

chekpid said...

tq. harap2 macam tu la :)

mrs puex said...

semoga sumenye dipermudahkan..
aminn..
** x saba nk nunggu org baru ni..:D

Don & Nor said...

wah...mantooppp persediaaannn uuuu...smoga segalanya berjalan seperti yg diharapkan dan dipermudahkan.amin. eh...u beli baju baru tu..sbb gigirl ek??hihi...

chekpid said...

gigirl ke..boboy boy ke...excited sama jek. bab2 shopping ni semua boley...ha2

mekchu said...

due sbnarnya bila nih? kejap je rasanya.. cuba kalo aku yg bawak perut, konpem terasa laaama sangat...

aku doakan ko habis pantang je dah naik 44.. amin..

Yati said...

Sekejap saje ye Epid, ko dah masuk 7 bulan. Bagus betul ko timing, time bulan posa, dapat posa penuh. Selamat membuat persiapan. Take it easy dan take care! :)