23 June 2011

He turns to 6



Petanda semakin jelita adalah apabila anak anda semakin membesar di depan mata dengan angka bertambah-tambah baik si anak mahupun maknya

Anak sulung kami sudah 6 tahun maa.Tahun depan dah sekolah rendah. Harap-harap dapatlah sekolah rendah agama integrasi kat seksyen 7 tu. Bulan lepas dia exam wok! dasat betul jaman sekarang..nak masuk darjah 1 pun ada exam. Bukan calang-calang plak tu. Kami dah tengok contoh-contoh soalan..memang dasat, menakutkan, merisaukan...macam2 feel ada. Soalan bahasa jawi, rumi, mate, english semua ada. Kalau Syahmi lulus, syukur alhamdulillah...kalau dia tak dapat pun memang tak heran..Ada sekolah lain kami dah apply ** ayat dgn nada riak bagi mengcover line. 

Okey, taknak cerita pasal sekolah. Kita tunggu result keluar minggu depan. Time tu sure ada en3 lepas geram atau en3 happy happy yippi. 

Sambung cerita perenggan pertama selepas jauh mengayuh.

Last year syami kat tadika, jadi kami decide nak buat majlis birthday dia kat sana. Punya happy budak tu sampaikan tiap-tiap hari tengok kalendar tunggu masa nak sambut. Kami buat simple2 je...beli kek, beli jajan & buatkan sosej roll kesayangan ramai tu. 



 Tak tergamak nak ambil gambar penuh. Separuh pun dah nampak membuaksss. Memang tahap kekembangan yang jelas, nyata & terang. Time ni tersampai awal. Budak-budak tengah belajar. so layan diri kat hujung sudut. Lenguh montot mak menunggu!!


Syahmi 1 group dengan syafiq. xtvt mengunting & menampal susunan perkembangan biji benih sampai la tumbuh pokok. Kita tengok dari jauh je. Pandai-pandai korang la. Nasib jawap betul. Malu ai kalau salah!!

Ini lah kek ultraman yang diidam-idamkan sangat.Sedap kek baker's cottage. Fresh cream..so tak muaksssss





 
Sejuk perut bila tengok adik beradik sayang menyayang macam ni...wink!!!
Topi untuk syafiq kena ada jugak kalau taknak dia sentap. Bila bagi kamera..habis gambo kawan-kawan di snap sana sini..yang tunjuk gigi rongak ada, yang pose peace tak sudah-sudah pun ader...layannnn!! 
Akhir sekali adalah sesi mengagihkan zakat jajan oleh birthday boy


Majlis berjalan lancar. Yang tak berapa bestnya, esok pagi tu syafiq dah emo semacam. Pagi-pagi suruh bawak ke kedai kek. Dia pun nak sambut birthday juga. Haisshh, jenuh memujuk. Nasib cikgu take over. Kalau tak, ai masuk lambat lagi ke opis untuk kesekian kalinya...erkk!! bulan ni dah berapa kali lewat eh..



3 comments:

mrspuex said...

eyhh..gamba ank mar pon ade skali tuh..best jek tgkk..:D

mekchu said...

alo lo lo.. happy belated birthday abang syahmi yang bambam.. kek tatap otromen.. hahaha..

Chekpid said...

tq mekchu...otomen dihatiku..katanyer!