12 July 2011

Salurkan kasih sayang anda


Kalau kita banyak kasih sayang, haruslah dikongsi dengan mereka-mereka yang layak. Motipp??


Selain dari isi perut keluarga,kita ada haiwan peliharaan. Yang ini paling mudah diuruskan. Tak banyak cakap karenah, hanya akur pada ketentuan tuan rumah.

Bela 2 jenis ikan je. Group ikan guppy memang dah beranak pinaks...sedang berbahagia la  tu. Satu lagi kami panggil ikan dbkl. Biasa ikan ni kaler hitam. Suka makan lumut-lumut. Tak ingat dah siapa yang bagi gelaran tu. Rasanya dari suku sakat ku juga. Tahun 80-an dah dengar orang panggil ikan dbkl. Betul ni, tak tipu :p

Ikan dbkl beli 2 ekor je. Idakler ketahuan jantan betinanya, main sebat je. Tapi sekor ni unik sket.


Bila tiba time makan je dia akan buat aksi akrobatik sekor-sekor. Makan terbalik hokeh. Dah macam ikan pari ku tengok. Yang partnernya pemalu sket. Biasa kalau kita dah masuk rumah baru dia keluar dari tempat persembunyian.


Yang ini bukan kategori belaan ye. Entah pendatang dari mana. Suka benor ambil kesempatan. Asal tingkap terbuka je dia ada. Asal dia ada je, mesti time tingkap terbuka. Ha tu, gambar yang berjaya disnap semasa percubaan dia membolosi pagar rumah. Muka terkujat la tu. kantoi!!

6 comments:

mrspuex said...

comey jek bile kucin buat2 muke terkuzutt...hihi..

aslynna said...

muka kesian

Nur said...

Ikan dbkl tu bagus, lagi kalau kita bela dalam akuarium. Dia tukang cuci kasi bersih lumut, kan. :)

Anonymous said...

cik fid..sila kasik kucin tu makan..mukanye sangat kasihan.. :)

Anonymous said...

ehh..baru pasan..banyak jugak pokok2 belaanmu cik fid..sejuk sungguh tanganmu itu.. :)

Chekpid said...

kawan2 : sebab bagi makan la kucin itu perasan yang kita tuan rumah dia. dulu pandai carik makan sendiri, skarang dah asyik datang rumah pulak. ikan dbkl tu senang bela. tak banyak la kotoran kt dalam bekas sebab dia kasi cuci itu tempat lorr :)

anony : nanti ai buat en3 pasal pokok2 yea.kita tukang siram je. pak incek yang tanam. tapi nak jugakla kan..tumpang glamer sebagai penyumbang kepada kesegaran tanaman itu...ahakkkkss