02 April 2012

Uji kekentalan anak

Siapa yang ada pengalaman bawa anak pergi klinik gigi? Senang tak nak handle? Siapa yang lebih nervous, korang ke anak? Siapa yang lebih-lebih mulut kumat kamit baca doa segala..

Banyak betul soalan..sila jawab dalam hati

Anak bujang Syahmi cikebombom kali ke-2 pergi klinik gigi. First time dulu memang gigi dia dah goyang, jadi proses mencabutnya pun senang saja dong. Dia masuk bilik doktor rilekk jek. Mak berdiri dari jauh, biar nurse dan doktor handle. Nanti lagi kita duduk dekat bimbang dia cengeng lebih. Tahu kan, cengeng tu apa.

Dia cabut gigi sendiri pun pernah jugak. Tanya dulu, Syahmi nak mama tarik ke buat sendiri. makanya bila dia sedang bersemangat waja terus offer nak buat sendiri, tak lama lepas tu tunjuk gigi depan maknya petanda kejayaan telah dicapai.

Budak nak membesar, haruslah gigi susu ditukar ke gigi kekal. Sabtu lepas bawa dia pergi klinik gigi. Itupun kena inform awal-awal. Seminggu sebelum dah bagi tahu keputusan kita dan minta juga pandangan dia. Bila dia setuju, means dah ready la tu..Itu style kami. Lain makpak lain caranya, kan.

Kalau boleh cabut sendiri memang dah lama buat. Teringat zaman kekecik dulu, orang kata ikat gigi dengan benang pastu belit pulak kat tombol pintu. Ye ke? ke ko dulu senang-senang kena tipu..huhuuuuu, sungguh naif si budak

Kes Syahmi kali ini nampaknya kena guna injection. Gigi kekal dia dah keluar kat belakang gigi susu tapi gigi susu tu pulak kuatnya mak ai takmoh goyang-goyang. Mula-mula masuk bilik doktor muka dia dah pucat lesi. "Aduh jangan le budak ni ajak balik" tapi  luaran mak kekal vogeh supaya dia nampak "waaah hebak mak aku ni, cool bebeh.." Satu keluarga support ko..habis sikecik syabil pun ku heret masuk bilik doktor. dah macam nak menyokong sukaneka pun ada jugak. Syafiq ambik port paling belakang, dia tengok dari jauh je mak bajet dia terkesima.

Syahmi ketap bibir rapat-rapat petanda tak bagi doktor cucuk

Nasib le pujuk memujuk tak sampai ke peringkat dia angkat kepala angkat kaki bagai sebabnya mak duduk ujung kerusi tu ha, kalau tak kompom dah gedebuk jatuh depan doktor. Menangis sekejap je lepas tu dia dah ok. Turun klinik singgah kedai beli aiskrim selesai job. Amin

Cerita pasal baby Syabil. Sehari lepas bawa berurut dan pergi klinik terakhir tu, dia dah baik demam. Sekarang dalam proses nak tambah berat badan dia. Kesian, timbang 5 bulan dulu berat 6.2 kg. Timbang 6 bulan jadik 6.1 kg pulak. Sangat tak best kalau baby kecik kurus keding, sebab kita sebagai maknya akan rasa tak puas hati. Minum susu badan dicampur lagi dengan  makan bubur nasi segar dari dapur chekpid, haruslah ada peningkatan berat....sebab tu kalau berat turun rasa down nya la haiiii.

8 hari lagi  masuk 7 bulan

Sekarang dah pandai senyum senget. Tapi identitih isap 2 jari tak hilang-hilang.

Dua minggu lagi kita timbang ye. Peace! Wassalam...

4 comments:

Unknown said...

alamak.. bakal melalui pengalaman ituh!
mmg mama akan berkecil ati sekiranyer berat baby x naik2. lg2 kalau ade yg sebut 'eh, hakim ni x besa2 pun nampak'..huhu

Chekpid said...

hakim dah dapat 'kaki' ok. biasa peringkat tu mmg dia dh lasak & aktif otomatik berat kurang. hakim makin hensem dah tu :)

salzahari said...

hahaa...musim anak sakit gigi ke? anak kita dah lps, nasib tak kena cabut...

memang le rasa cuak kalau berat tak naik..sama je,mcm Amani time dia dapat merangkak tu dlm umur 8 bln tu (baby girl mmg lmbt skit milestones pysical-milestones vocab.cepat je), dia naik 500-600gm je dlm 3 bln (kiranya 200-300gm je sbulan).

Tapi lps setahun,dia naik balik.. Walaupun dah dpt kaki,naik byk jgk sbb makan mmg selera. Skrg dah 10kg rasanya pd umurnya 18bln!

So jgn risau laa...Kot2 mmg Syabil jenis kiut?!!

Chekpid said...

tq...yg penting dia sihat ek