24 October 2012

Admission@SMC hari-hari seterusnya

Cerita lama. Diabadikan dalam blog ni untuk ingatan maknya yang mempunyai memori mudah meruap



Kes tak lalu nak mengira hari

Setiap hari treatment yang sama.
  • Nebulizer setiap 3 jam
  • Sedut kahak melalui tiub yang dimasukkan ke dalam hidung & tekak setiap pagi
  • Makan ubat berjadual 3-4 jenis
Jadi 8.30 pagi terus ke Jabatan Fisioterapi untuk treatment sedut kahak. Memang pergi cepat-cepat. Sangat kasihan bila Syabil dok tadah tangan minta makanan bila dia nampak cikkak hantar breakfast ke katil around 7.30 pagi everyday.

Hari ke-2 dan ke-3 dia terus je menangis bila di baringkan atas katil untuk sesi pok-pok manja tu. Masuk hari ke-4 saje je ku tak follow. Hanya abahnya je yang hantar dan temankan. Ouwh pandai pulak dia senyap :p

Suami mithali ku. Setiap pagi lepas hantar Razin (anak sulong) ke sekolah dia akan temankan kami sampai habis treatment di fisio (ilebiuuuu)




Masuk bilik sedut kahak pun ku tak follow. just intai dari tepi pintu.


walaupun dibedung kuat. rontaan dan sepak terajangnya memang nurse kecik keding tak larat hokeh..tu kat hujung kaki dia actually abahnya tolong pegang sama.




Balik fisio bawa ke playground. Dia punya hepi, memang satu bilik tawaf. Gambar gegar putar alam 360 darjah :p


Setiap pagi dah masuk fisio, memang le dia cam sesangat. pandang papan tanda petanda dah ready silat gayung.








Anak sulung dapat temankan adiknya hujung minggu je. Dia kan exam minggu tu. Maka bergurulah dengan maknya atas katil. Dapat baby coat senang. Agak-agak adiknya mengacau ku transit ke situ. Memalam abang2nya yang tidur situ. Baby tidur dengan maknya. Senang nak neb & bagi ubat segala. Pantau suhu badan pun senang. Dan usah harap le tidur nyenyak kalau kat hospital kan. Setiap 3-4 jam nurses datang. So, sesiapa pun yang nak menjaga orang sakit ni, first kena stabilkan emosi, makan secukupnya & ambil vitamin jika perlu. memang bedan letih noks...kat situ tak terasa. Bila balik rumah...baru menikmati kefenatan itu. Lebih-lebih lagi fikir & prepare macam-macam. Untuk yang di hospitalnya dan untuk yang ditinggalkan dirumah juga :).

Duduk hospital 5 hari sampai dah tak tau nak main apa. Beruntungnya si kecik bila abang-abang sudi menemankan. Takle dia bosan merengek macam-macam. Alat neb tu pun dia main dah macam main masak-masak kekdahnya. Syok main sampai stoking tercabut. ada jugak yang memang dia sengaja tanggal campak dari baby coat. sekali buat boleh tahan...5 kali buat..pffttt.. hai la budak. mak hang ni penat tau duduk bangun ngambik stoking tu. Kan ke sejuk, kena pakai, ok!

Hari ke-6 alhamdulillah result fisio ok. Doktor pun allow discaj & set appointment a week after. Lega makpaknya. Syukur. Semoga baby Syabil terus sembuh dan syooooooooooh jauh2 penyakit itu. JANGAN datang lagi.


Minggu lepas jumpa doktor. Katanya syabil actually kena bronkitis. Ku gugel wikipedia dan ini sebahagian maklumat yang perlu tahu. For details sila gali di situ.

Bronkitis iritatif bisa disebabkan oleh:
  • Berbagai jenis debu
  • Asap dari asam kuat, amonia, beberapa pelarut organik, klorin, hidrogen sulfida, sulfur dioksida dan bromin
  • Polusi udara yang menyebabkan iritasi ozon dan nitrogen dioksida
  • Tembakau dan rokok lainnya.

InsyaAllah ku doakan antibodi dia getting strong as time goes by. BF membantu. Biasanya baby bawah 2 tahun memang mudah dijangkiti apa saja penyakit. There are fighting but trust me, dengan izin Allah baby yang BF akan survive dan become stronger after 2 years compare dengan babies non-BF.


Gambar kenangan dengan akak misi yang comel

07 October 2012

Admission@smc day-2


Mula 7 pagi syabil dah kena puasa. Bayangkan le anak kocik dok try nak gapai makanan...ooh sedih ku tengok. Terus jam tu jugak dokong bawa round keliling wad.

Dalam 8.30 dah kena masuk ke fisioterapi. Dupdapdupdap jantung den. Anak weiyh...luar nampak kental, dalam hanya DIA sahaje yang tahu.





Mula-mula cik misi tepuk-tepuk dada dan belakang badan dia. Mau dalam 10 minit macam tu. Dalam bilik dekat 5 kekanak juga tunggu turn nak kena pok-pok dengan cik misi. Kekecik macam anak den juga. Ada yang baby lagi, kesian!

Kemudian masuk pula ke bilik khas yang ada mesin sedut lendir tu. Dibalutnya syabil macam bendung tu, mengiringkan dan mula la masuk tiub ke hidung, di selang seli dengan ke mulut. Kena 2 orang misi ye..kuasa kuda budak kecik jangan dijangka!

Tak sampai hati nak upload gambar masa masuk tiub tu..sebak. Jadi simpanan peribadi je lah yea...tapi memang kena fokus sebab nak bagi budak sihat, kalau tidak kompom maknya orang pertama yang nanges. Alhamdulillah, i'm doing fine and baby pun fighting.

06 October 2012

Admission@smc





No choice....syabil perlu admit. Dah lama sangat dia batuk berkahak. Serangkai juga dengan demam on off dan selsema. Doktor kata baby tak pandai buang kahak/selsema so bila dah terlalu banyak menyebabkan gangguan pada salur pernafasan dan paru-paru. To prevent from getting worse, adalah lebih baik doktor pantau dan dok lah dendiam di hospital tu beberapa hari (akur).

Dan ku hangkut juga abanglong nya. Next week exam, ater kalo makcik ni tak pantau idaknya dia nak blajor...

Hmmm....bertabahlah chekpid! Doakan urusan kami dipermudahkan yea...

04 October 2012

Makcik, ni berapa ringgit



Haha..kalau ada yang dok tanya gitu, memang ku lesing. Takde gaya makcik kan? takde gaya penjual kan?

Lama tak jalan-jalan. Membizi tak tentu hala. Tapi semalam off day bersama-sama si suami untuk membeli-belah barang rumah...oh still bukan jalan-jalan for easy going jugerk. Entah bila nak lalalitamplum jalan-jalan makan-makan hepi-hepi....i wish sooner or later it will happend, insyaAllah.

Memang journey sungguh semalam sebab program penuh

- Breakfast kat luar dgn hubby. Pun tak boleh lomantik2, budak kecik dok pungpang campak sudu garpu keliling meja - sabaaaaaaaaaaar

- Uruskan tadika baru syafiq. Next year dia 6 tahun & mula bosan dengan tadika lama. Dah dok situ since 4yrs old makanya melaburlah duit ke tadika baru yang harganya, amet-amet luarbiasa mengalahkan budak sekolah rendah - hadappp dan bertabahlah

- Settle down kad kredit. Mak dah takmoh pakai...huhu takoott. Dulu tu apply masa kerje kt tempat lama yang selalu outstation. Then ke bank lain juga bayar installment rumah. Hawaitlah bank tu selalu offline system. Buat susah orang je. karang lewat bayor di caj nye kita - ntahapehape

- Order kek budak Syafiq. Esok nak buat makang-makang kat tadika lama dia. Nasib goodies dah settle- amin

- Nyopping tirai dapur yang boleh gulung ke atas tu. Dan nyopping juga barang2 baby serta di akhiri ke ikea menyambung nyopping barang rumah jugak

see....takde satu pun beli untuk diri sendiri. Terima kasih poplook (tiba-tiba)