24 October 2012

Admission@SMC hari-hari seterusnya

Cerita lama. Diabadikan dalam blog ni untuk ingatan maknya yang mempunyai memori mudah meruap



Kes tak lalu nak mengira hari

Setiap hari treatment yang sama.
  • Nebulizer setiap 3 jam
  • Sedut kahak melalui tiub yang dimasukkan ke dalam hidung & tekak setiap pagi
  • Makan ubat berjadual 3-4 jenis
Jadi 8.30 pagi terus ke Jabatan Fisioterapi untuk treatment sedut kahak. Memang pergi cepat-cepat. Sangat kasihan bila Syabil dok tadah tangan minta makanan bila dia nampak cikkak hantar breakfast ke katil around 7.30 pagi everyday.

Hari ke-2 dan ke-3 dia terus je menangis bila di baringkan atas katil untuk sesi pok-pok manja tu. Masuk hari ke-4 saje je ku tak follow. Hanya abahnya je yang hantar dan temankan. Ouwh pandai pulak dia senyap :p

Suami mithali ku. Setiap pagi lepas hantar Razin (anak sulong) ke sekolah dia akan temankan kami sampai habis treatment di fisio (ilebiuuuu)




Masuk bilik sedut kahak pun ku tak follow. just intai dari tepi pintu.


walaupun dibedung kuat. rontaan dan sepak terajangnya memang nurse kecik keding tak larat hokeh..tu kat hujung kaki dia actually abahnya tolong pegang sama.




Balik fisio bawa ke playground. Dia punya hepi, memang satu bilik tawaf. Gambar gegar putar alam 360 darjah :p


Setiap pagi dah masuk fisio, memang le dia cam sesangat. pandang papan tanda petanda dah ready silat gayung.








Anak sulung dapat temankan adiknya hujung minggu je. Dia kan exam minggu tu. Maka bergurulah dengan maknya atas katil. Dapat baby coat senang. Agak-agak adiknya mengacau ku transit ke situ. Memalam abang2nya yang tidur situ. Baby tidur dengan maknya. Senang nak neb & bagi ubat segala. Pantau suhu badan pun senang. Dan usah harap le tidur nyenyak kalau kat hospital kan. Setiap 3-4 jam nurses datang. So, sesiapa pun yang nak menjaga orang sakit ni, first kena stabilkan emosi, makan secukupnya & ambil vitamin jika perlu. memang bedan letih noks...kat situ tak terasa. Bila balik rumah...baru menikmati kefenatan itu. Lebih-lebih lagi fikir & prepare macam-macam. Untuk yang di hospitalnya dan untuk yang ditinggalkan dirumah juga :).

Duduk hospital 5 hari sampai dah tak tau nak main apa. Beruntungnya si kecik bila abang-abang sudi menemankan. Takle dia bosan merengek macam-macam. Alat neb tu pun dia main dah macam main masak-masak kekdahnya. Syok main sampai stoking tercabut. ada jugak yang memang dia sengaja tanggal campak dari baby coat. sekali buat boleh tahan...5 kali buat..pffttt.. hai la budak. mak hang ni penat tau duduk bangun ngambik stoking tu. Kan ke sejuk, kena pakai, ok!

Hari ke-6 alhamdulillah result fisio ok. Doktor pun allow discaj & set appointment a week after. Lega makpaknya. Syukur. Semoga baby Syabil terus sembuh dan syooooooooooh jauh2 penyakit itu. JANGAN datang lagi.


Minggu lepas jumpa doktor. Katanya syabil actually kena bronkitis. Ku gugel wikipedia dan ini sebahagian maklumat yang perlu tahu. For details sila gali di situ.

Bronkitis iritatif bisa disebabkan oleh:
  • Berbagai jenis debu
  • Asap dari asam kuat, amonia, beberapa pelarut organik, klorin, hidrogen sulfida, sulfur dioksida dan bromin
  • Polusi udara yang menyebabkan iritasi ozon dan nitrogen dioksida
  • Tembakau dan rokok lainnya.

InsyaAllah ku doakan antibodi dia getting strong as time goes by. BF membantu. Biasanya baby bawah 2 tahun memang mudah dijangkiti apa saja penyakit. There are fighting but trust me, dengan izin Allah baby yang BF akan survive dan become stronger after 2 years compare dengan babies non-BF.


Gambar kenangan dengan akak misi yang comel

2 comments:

Nur said...

Lamanya Epid, dok spital. Setuju, jaga anak sakit kat spital kena kuat dan tabah.
Anak aku 2 orang merasa dok spital. Tak mau masuk lagi dah kalau boleh.

salzahari said...

Setuju spt perenggan akhir...Boleh makan puas2 dah ye raya haji hari tu Syabil??