Anak pertama telah berkembang dengan jayanya. Sihat walafiat dan tak surut-surut walaupun orang kata dah pergi school, penat pagi petang dengan naik bas sekolah bagai...tapi dia tetap bertambah-tambah sihat...
Takpe la nak, esok dah pandai menyemart, taulah cara nak kuruskan badan. Sekarang ni tugas makpak jangan sampai dia overweight. Itu je. Yang lain tak ada masalah. Makan apa sahaja tapi berpada-pada.
Alkisahnya di satu hari yang sudahpun 3 minggu berlalu. Sambut birthday syafiq di tadika. Tahun ini tak dapat nak buat sosej roll kesukaan dia sebab time tu tengah reno dapur. Habuk segala maknenek habuk yang membawak syabil ke KPJ macam entry sebelumnya (itulah punca terbesor dia kena admit)
Abang yang soleh. Boleh la diharap dan menjadi orang kepercayaan makpak. Majlis ni pun kami tak hadir. Memasing membizi kerja. Kamera je pass kat si abang. Pepandailah dia nak snap gambar or mintak tolong teacher nya uruskan.
Aduhai...kenapo la memasing serius macam hape...kek birthday beli dari bakers cottage. Memula dah mikior taknak kek coklat sebab dah pun sedia homemade choc yang dibeli dari member. Takkan nak choklat lagikan, muntoh le gitu. Tapi bila butter risau muak pulok.
'Tak muak kak, kita letak fruits dalam kek tu..free je tak ada kos tambahan'.
Terus setuju tanpa dakwa dakwi. Balik kerja petang tu teachernya bekalkan sikit baki kek..dan ternyata sedap walaweiyh...
pssttt...princess sebelah tu sesuai je buat menantu sulong ai...hak2
Di satu hujung minggu yang lain pula follow hubby family day office@Sunway lagoon. Tempat tu memang tak ada dalam list lawatan kami sebab harga tiket yang humangaiiii tahan semput dibuatnya. Tahu, memang berbaloi dengan pakej yang ditawarkan tapi pepaham je la kalau ada anak kecik. Bukannya larat nak cover satu hari untuk semua tempat tu. Jadinya bila family day buat kat situ, haruslah setuju. Percuma sajork
Dan memang sah...tak sempat round 3 theme yang ada. Just pergi waterpark sempena sukaneka besar-besaran disitu dan lepas majlis round ke zoo kecik kat situ.
Ouwh abang...dah besar sok mama nak tunjuk gambar ni. Betapa abang 'ada perut' satu ketika waktu dahulu..hewhewwww
Dan jumpa juga cik adek manis yang tidurnya alahhhaiii sopan-santun. korang pun tak tidur sesopan itu...wakakakakaaaa
Banyak cengkadak budak dua orang ni. Ada ke patut nak round 3 kali dalam mini zoo. Agak-agaklah dengan nak tolak stroller yang penuh baju mandi basah lencun berjemaah dengan dokong adek kecik hang yang taknak duduk dalam stroller tu. Takke lemah skru lutut dibuatnya. Belikan belon besarr terus diam. Good!!
Sebelum hadap pintu exit pun sempat jugak ngajak naik bendaklah ni. Abah korang je layan. Mama dok tepi urut kaki :p
Memang had fun di Sunway lagoon bagi kekanak riang dan bertabah lah wahai makpak yang bercita-cita membawa anak anda ke sana. Kami dah pergi...free lagi.hakhakk
Perkembangan Syabil. Peringkat umur setahun ni memang banyak yang dia perhati & follow apa yang orang sekelilingnya buat. Haritu sempat snap gambar ni
Dia dok perati abangnya main puzzle.
Abangnya naik atas, mendesup dia pun dok menery main jugak.
Itu belum cerita pasal main ipad. Abang-abangnya main, jari telunjuk dia pulak yang beriya-iya angkat jari telunjuk. Handphone pun dia dah pandai unlock screen main swipe jari je you..kehlass ko jahhhh
Sekian laporan dari saya. Berita lanjut akan ke udara ntah bila. Harap maklum, terima kasih.
Selamat berhujung minggu. Minggu ni daku nak kerjakan daging koban. Menu dah ada, tinggal nak realisasikan...echewah, tetiba tinggi bahasa ibundaku. Syabbas betta. clap clap!!
4 comments:
bab yg segera tu nak dengar tu...ehehe,nanti i cntct2 mrs puex
kak,
terliur tgk bluberry yang meleleh itu...hehehe..
sesape mau? bole order ngn saya..
emel : luvly.purple@gmail.com
tompang promote jap eyh..:D
Syoknya jalan-jalan Sunway Lagoon. Cheese cake segera ke wei? Baru tau ni.
iye kawan-kawanku..segera sajork.tak payah nak bakar segala. masuk peti ais dah selesai. nk lagi cepat..tu ha, masuk tempat sejuk beku tu...setengah jam dah bole makan. sila la berhubung dengan mrs puex :)
Post a Comment