14 December 2010

Main dish for 3 days



Hari ini aktiviti bermoral tetap diteruskan seperti mengemas rumah, memasak dan memberi sokongan tidak berbelah bagi pada si kechik syafiq yang sudah mula termenung dan merengek-rengek akibat kegatalan  CP. Kesian dia, malam tadi pun tidur tak lena. gelisah dan mengesel-gesel tangan yang gatal di baju tidur mama.

Seronok juga sekali sekala bertukar fokus. Kalau biasanya waktu-waktu siang uruskan kerja-kerja pejabat tapi minggu ni banyak pikir pasal nak masak apa...nak masak apa....Semalam dah buat sup ayam. Hari ini sup ikan jenahak. Esok rasa macam nak buat nasi ayam pulak. Main dish dah pk untuk 3 hari terus, senang.

Hari ke 4? hmmm... kawan2 yang ada idea mari la kongsi dengan chekpid. *orang lain sakit tapi orang lain yang ngidam*




13 December 2010

Kisah menjaga pesakit chicken pox



Ketua keluarga kata, nak buat macamana, dah Allah bagi sakit. kenalah hadapi. Assistant keluarga pula taknak cakap banyak nanti lagi sedih. Mana mungkin tak rasa apa-apa kalau tengok biji-biji chicken pox a.k.a CP tumbuh sesedap rasa di bibir..kelopak mata dan hampir seluruh badan hero kosmos tu.

Walaupun CP makin banyak, tindakan pencegahan dan pengubatan harus diteruskan. Bukan senang nak pisahkan dua beradik bak belangkas tak sama saiz. Peluk-peluk dan kejar mengejar tetap diteruskan walau banyak JANGAN telah dimaklumkan.

Hari ni masak sup ayam. Seminggu ni kena masak rebus-rebus je. Berpantang seisi keluarga sebagai tanda sokongan tak berbelah bagi. Doktor kata boleh buat sup ayam, tapi buang kulit. off course did sebab kalau lady mama yang masak, kulit ayam adalah benda terlarang dalam makanan. Takde masalah

Nak letak daun semambu sebagai lapik tilam nampak tak praktikal. Budak dah 3 tahun. bukan boleh duduk diam. Waktu tidor pun dia lasak inikan pula nak suruh dia baring diam2 kat situ. Habis susu sebotol bangun lah dia. Kejap lagi nak beli sabun daun semambu, kat maiden banyak. Pakai sabun tu, ok kot dari takde.

Benda sedih tak boleh cerita banyak2. Diam ketap bibir, usaha dan doa pada Allah. Apa kata kita main teka tekuk

Gambar sebelum

Gambar selepas


Good boy, patuh arahan. Ketuk2 manja di tempat yang gatal. Jari tidak dibenarkan


Camne ropa syafig lepas ni?

Cepat baik ye. Nanti mama boleh bawa mandi kolam. Our plan will postpone to other date. Get well soon, dear.


12 December 2010

Serangan Chicken pox



Chicken pox telah menyerang sistem tubuh si kosmos kechik. Petang jumaat dah mula demam. tapi macam biasa lah, hero itu tidak menunjukkan simptom tidak sihatnyer. Bila tersentuh badan dia baru perasan yang rupanya dia demam. Malam tadi timbul pula biji2 berair kat tangan.

Tempat yang paling mudah untuk dia menggaru..

Pagi ini doktor telah mengesahkan kegusaran si ibu. kompom ok, dia di serang chicken pox, tanpa ragu-ragu. 

Pengetuk hakim  memain peranan untuk
melegakan rasa gatal2 di badan. Setakat ini kosmos akur


Nampaknya harus melantik diri sendiri menjadi surirumah sepenuh masa sepanjang minggu ini.

.....Tugas bermula sekarang.!

07 December 2010

Hijrah...the journey begin & never end




"Hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan 
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan..."

Gerenti ramai yang tau lagu ni. Rugi pada yang tak tau. Lagu ni beri banyak makna, tersurat & tersirat. Masa sekolah dulu, lirik lagu ni la ku elaborate untuk soalan essei.Banyak point tau! Terima kasih pada ustaz & ustazah sebab bagi markah tinggi :p

Untuk hijrah kali ini, cabarannya lagi besar. Sebab semalam officially my boss last day. Berpindah ke kementerian lain. Susah nak dapat bos macam beliau yang faham kerja aplikasi. Tak ramai....serious!!.

Apapun, wish my boss the best of luck. Apa yang baik dari beliau, mokcik ambil jadi pedoman. Biasala dalam kerja, ada yang banyak cakap, hasil takdok (tapi dipuji2?)...ada yang tak banyak cakap, kerja tiptop (tp tak dipandang?)..ada yang pandai cakap, pandai buat kerja (yang ni contoh terbaik).....macam2 ragam kan...!

Semoga hijrah kali ini merubah diri menjadi lebih baik...sebagai isteri, ibu & staff. Amiin........



Mari lihat...kaki sape yang kembang




Gambar? memang tak ada kena mengena dengan entry. Tu aktiviti di pagi Maal Hijrah. Bangun pagi & jogging dengan anak-anak.


04 December 2010

Persimmon


 Persimmon adalah nama saintifik bagi pisang kaki. Dulu tak pernah teringin pun nak makan. Satunya sebab pelik. Sudahlah nama tak selari dengan rupa paras bentuk fizikal. Then rasa macam tak komersial pulak nama pisang kaki....Buah ni memang macam tomato, cuma kulit keras. Itu lagi la buat ahkak tak berperasaan nak cuba makan.

Tapi masa kat jepun hari tu , kawan bagi sebiji. Mula-mula simpan. Tapi bila kita kat sana pun takde banyak pilihan makanan, so bedal je lah labuuu....Mana taknya. Siang ada program kan. Cuma malam je la nak keluar ke mana-mana. Tapi makanan kat luar susah nak cari yang halal & menepati citarasa tekak mokcik yang dari tanjung karang nih. Masa di sana, tengah mula autumn. Persimmon memang banyak berbuah musim tu. Nampak dari jauh memang kita ingat buah limau mandarin. Banyak buah dari daun. Datang dekat baru tau.

Bila makan terus jatuh chenta yuu... Manis & sedap. 


Pic from Mr G
Kalau betul-betul masak, memang warna dia merah macam tomato. Jangan imagine tomato kat pasar raya yang jual murah & kaler oren tu ye. Cara makan, potong kat pangkal dan korek dengan sudu....shedapppppp. Tapi kalau masih oren dan belum masak sepenuhnya, still manis cuma crunchy macam epal.

 
Sesiapa yang tak pernah rasa, boleh cuba. Semalam chekpid beli kat mall. Tapi made in Korea 8 biji RM10. Jadi ler buat lepas rindu...



30 November 2010

Insiden tidak diingini telah berlaku



Sesuatu telah berlaku tengah hari tadi, waktu lunch break. Tiba-tiba bau hangit kat dalam bilik server...bilik tu sebelah bilik daku...cuaksss. Menambahkan suspen sebab lately ada prob. network. Network slow...server pulak tak boleh masuk..pagi tadi pun membebel-bebel, dok keep try hawait prob server nih..wa sudah la manyak kilijer. 

 ok, rilek...rilek...pk apa nak buat?

Tindakan pertama ; hebohkan kat yang lain..adoyai...yang lelaki pi kuar makan plak tu...yg tinggal cuma golongan feminin, jadilah dari takde. Feel takot bior secara berjemaah, tak gitu?

Tindakan kedua ; pi habaq kt bos. dan kemudiannya membiarkan bos masuk dulu ke bilik server. ahkak standy kt pintu je,  sungguh anak kecil (bak kata hanis)...standby nak lari menyelamatkan diri...muahahaa

Situasi dah semakin cemas, bau hangitnya udah bertambah kuat dong... check setiap satu server, manakah gerangannya yang berbau hangit itu. Dalam menghadapi kecemasan yang amet-amet tu, datang pula staff dari bilik sebelah.." SOrry puan, ....tettttttttttt....................


Nak tau apa jadik? 

bau hangit tu sebab ada orang panaskan makanan kt microwave then maybe terlebih set masa & tinggalkan gitu aje. Makanannya pun udeh rentung. Bau tu lalu ikut syiling kot, dan sangat-sangat menusuk kalbu hidung .

Mak aih..sabo je le..........memang buat wa suspen beb

kasi upload ini gambar...cool ya...