27 April 2012
Projek baru
Projek minggu ini adalah menambah stok makanan buat baby Syabil. Dia nak masuk 8 bulan jadi selera adalah bertambah selain tak berapa minat nak menyusu dengan maknya sayugia menghisap jari lebih nikmat dari segala-gala dimuka bumi ini..........
Bulan pertama dia makan dimulakan dengan bubur kosong, bubur + kismis, bubur + madu, bubur + kurma. Lepas tu 'up' sikit, kasi tambah itu margerin, dikuti rapat dengan sayur lobak, kobis bunga, brokoli dan juga bayam.
Masuk bulan kedua, dah mula ada based. Apa lagi yang mudah & rasa sedap selain daripada ikan bilis sebagai peneraju utama masakan. Ikan bilis tu pulak, walaupun kita beli yang siap kopek, jangan bagi peluang malas menerjah. Harus check sekor persekor supaya tak ada tulang temulang ikut serta. Ayat apekah???
Bulan ketiga ni, upgrade lagi menu utama. Jadi esok nak buat stok ikan bilis, stok ayam, stok udang, stok daging. Masuk freezer boleh tahan lama..lebih dari 2 minggu kot. Letak dalam bekas comel-comel mesti kelihatan comel susunan dalam peti sejuk itu........again, ayat apekah??
Belum confident nak biar pengasuh masak bubur jadi tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja baju dah basah peluh bila aktiviti memasak ni masuuukkk jugerk dalam list to do every morning. Takpe..takpe...boleh kurus. Mana tahan beb...tunduk kepala pandang kaki, nampak perut!!. Mengandung tu lain ceritassss. Lain macam je ayat tu. Stress?? eh, off course hoccayyy * sambil mata pandang kiri, mulut senget ke kanan
17 April 2012
Gundah gulana + suka = Macam-macam hal
Cerita budak-budak je la nak tempek dalam blog ni.
Lepas insiden baby kecik tu demam on off 3 minggu, selang 2 minggu lepas tu dia kena demam panas pulak. At the same time my abah pun tak sihat kat kampung tu. Kami adik beradik gilir2 amik nombor uruskan abah ke klinik dan beberapa hospital. Macam-macam hal siap bawa ke Shah Alam Medical centre, KPJ, PPUM segalaaaaa. Hari ini pun abah dah kena admit di Hospital Tanjong Karang. Kami tengah usaha untuk masukkan ke PPUM, senang nak pantau dan lebih selesa kemudahannya. Harap-harap dipermudahkan dan abah kembali sihat. My abah tu dulu bekas tentera, so dia sangat menjaga keperibadian dan ketrampilannya :p. Tengah sakit teruk berdarah bagai dia akan kata....abah OK. Itu je la statementnya. Sakit apa pun dia takkan tunjuk kat orang. Kita anak beranak faham sangat dah.
Berbalik cerita si kecik tu.Selepas 3 hari demam panas tak kebah-kebah walaupun masuk ubat vontot dan makan ubat ikut time, pergi la jugak ambil darah. Kesian baru 7 bulan sampaikan urat pun tak nampak sudahnya kena cucuk kat kaki. Huuuu syahdu tengaok anak menangis.
Sekarang dah sihat, ujian darah kali kedua-result ok. Kami memang kurang keluar malam sejak ada baby kecik. Tapi malam semalam kami redah je saja nak happy tanda baby dah sihat. Statement apekah??
Bukan ke mana pun, keluar pekena roti canai anak beranak disusuli dengan aktiviti paling budak-budak ni suka......................gunting rambut.
Bukan setakat abang besar abang kecik je, ni ha baby pun joint the club jugerk.

![]() |
| Berlumba-lumba siapa siap dulu |
Bukan setakat abang besar abang kecik je, ni ha baby pun joint the club jugerk.
![]() |
| Dia sangat well behave. mak suka...mak suka!! |
09 April 2012
Bukannya lupa tapi tak ingat
Tengok date depan pc ni baru perasan dah masuk minggu ke-2 April dan baru rasa...eh, annyberseri lah!!
Tahun ini tak bercuti mana-mana on that day. Patutla tak ingat kot. Biasa awal tahun dah plan, punyalah excited.
30 April genap emm....2012 tolak 2004, berapa ye. Esoknya kompom cuti Hari Pekerja so kebiasaan adalah menggatal berjalan ke sana sini hangkut anak beranak semua. Disebabkan tahun ini ada budak kecik yang kena dikendong dikelek...dengan abang sulung darjah 1 makanya jadual sangat penuh sampai lupa hari..lupa date, tahu-tahu dah sampai hujung minggu then kena repeat jadual Isnin sampai Jumaat begitulah kekdahnya.
Tak pergi holiday tak bermakna tak celebrate ye dok. Nanti nak survey tempat makan la. Kita buat aktiviti jalan-jalan cari makan. Sila lah bagi idea. Tapi ada syarat daaa....

- Takmau jauh sangat dari Shah Alam
- Baby friendly
- Kids friendly esp ada playground ke hape..yg boleh buat depa dok diam2 sambil makpak berlomantik menikmati makanan
02 April 2012
Uji kekentalan anak
Siapa yang ada pengalaman bawa anak pergi klinik gigi? Senang tak nak handle? Siapa yang lebih nervous, korang ke anak? Siapa yang lebih-lebih mulut kumat kamit baca doa segala..
Banyak betul soalan..sila jawab dalam hati
Anak bujang Syahmi cikebombom kali ke-2 pergi klinik gigi. First time dulu memang gigi dia dah goyang, jadi proses mencabutnya pun senang saja dong. Dia masuk bilik doktor rilekk jek. Mak berdiri dari jauh, biar nurse dan doktor handle. Nanti lagi kita duduk dekat bimbang dia cengeng lebih. Tahu kan, cengeng tu apa.
Dia cabut gigi sendiri pun pernah jugak. Tanya dulu, Syahmi nak mama tarik ke buat sendiri. makanya bila dia sedang bersemangat waja terus offer nak buat sendiri, tak lama lepas tu tunjuk gigi depan maknya petanda kejayaan telah dicapai.
Budak nak membesar, haruslah gigi susu ditukar ke gigi kekal. Sabtu lepas bawa dia pergi klinik gigi. Itupun kena inform awal-awal. Seminggu sebelum dah bagi tahu keputusan kita dan minta juga pandangan dia. Bila dia setuju, means dah ready la tu..Itu style kami. Lain makpak lain caranya, kan.
Kalau boleh cabut sendiri memang dah lama buat. Teringat zaman kekecik dulu, orang kata ikat gigi dengan benang pastu belit pulak kat tombol pintu. Ye ke? ke ko dulu senang-senang kena tipu..huhuuuuu, sungguh naif si budak.
Kes Syahmi kali ini nampaknya kena guna injection. Gigi kekal dia dah keluar kat belakang gigi susu tapi gigi susu tu pulak kuatnya mak ai takmoh goyang-goyang. Mula-mula masuk bilik doktor muka dia dah pucat lesi. "Aduh jangan le budak ni ajak balik" tapi luaran mak kekal vogeh supaya dia nampak "waaah hebak mak aku ni, cool bebeh.." Satu keluarga support ko..habis sikecik syabil pun ku heret masuk bilik doktor. dah macam nak menyokong sukaneka pun ada jugak. Syafiq ambik port paling belakang, dia tengok dari jauh je mak bajet dia terkesima.
![]() |
| Syahmi ketap bibir rapat-rapat petanda tak bagi doktor cucuk |
Nasib le pujuk memujuk tak sampai ke peringkat dia angkat kepala angkat kaki bagai sebabnya mak duduk ujung kerusi tu ha, kalau tak kompom dah gedebuk jatuh depan doktor. Menangis sekejap je lepas tu dia dah ok. Turun klinik singgah kedai beli aiskrim selesai job. Amin
Cerita pasal baby Syabil. Sehari lepas bawa berurut dan pergi klinik terakhir tu, dia dah baik demam. Sekarang dalam proses nak tambah berat badan dia. Kesian, timbang 5 bulan dulu berat 6.2 kg. Timbang 6 bulan jadik 6.1 kg pulak. Sangat tak best kalau baby kecik kurus keding, sebab kita sebagai maknya akan rasa tak puas hati. Minum susu badan dicampur lagi dengan makan bubur nasi segar dari dapur chekpid, haruslah ada peningkatan berat....sebab tu kalau berat turun rasa down nya la haiiii.
![]() |
| 8 hari lagi masuk 7 bulan |
Sekarang dah pandai senyum senget. Tapi identitih isap 2 jari tak hilang-hilang.
Dua minggu lagi kita timbang ye. Peace! Wassalam...
27 March 2012
3 minggu 3 doktor
Amacam..boleh jadi tajuk filem tak?
Rutin agak kelam kelibut bila anak tak sihat. Demam dia yang on off memang menguji mental makpak. Badan panas. Bila jumpa doktor boleh pulak hilang demam sementara tunggu q. Then tengah malam demam semula. Bila bawa pergi klinik siang lagi lah dia tak demam. Suhu 37c je. Siap main tarik-tarik stetoskop dengan doktor.
Nak ambil darah pun dia bukan direct demam 3 hari. Tapi kepala tu rasa dedor je (betul ke eja ni). Member kata kalau budak selalu demam malam biasanya panas dalam, betul ke?
Sudahnya Ahad balik kampung berurut. Kot la kan sakit urat. Budak-budak pun boleh sakit urat tau. Mungkin disebabkan selalu baring, kita salah dokong atau dia salah parking masa duduk dan sebagainya :)
Semalam meragam lagi. Pengasuh telefon bagitau syabil menangis taknak makan taknak menyusu. Haissh mana boleh tahan beb, kerja pun tak boleh fokus. Sudahnya bawa jumpa doktor ke-4. Lepas explain kronologi demamnya tu, doktor pun check 1 by 1 dan haaaaa ada ulser kat lelangit. Patutla meragamnya mak aihh. Dengan maknya je dia kurang menangis. Kalau orang lain dokong, baik apaknya sekalipun memang dia takmoh. Doktor bagi ubat spray, nak bagi relief & rasa kebas kat dalam mulut dia so boleh la lepas tu suap makan. Di tambah juga dengan koleksi ubat demam, batuk & doktor bagi sekali antibiotik. Memang me try to avoid bagi anak2 antibiotik biar sistem imun dalam badan dia lawan sendiri tapi yg ini no choice, lama sangat berlarut sampai 3 minggu. Akur le juga nampaknya :(
Jenuh memujuk tapi still menangis. Camno mak nak buat tengah drive. Macam2 barang bagi dia tapi dilanting-lanting disepak-disepak. Sudahnya sudu tu jugak yang dia suka. Leka gigit-gigit terus lena.
Pagi tadi masa hantar kat pengasuh dia siap paling-paling muka. Mak bajet tak lama lagi budak ni dah pandai le menangis tak nak dihantar. Bila dia dah peringkat kenal orang sekeliling memang akan demand lebih
Cepat sembuh baby Syabil. Boleh main gusti dengan abangadek
22 March 2012
Lama
Lama tak update blog mencecah 180 patah perkataan. Mood tu macam dah lari jauh ke tengah laut yang kalau di kuis-kuis dengan ranting kayu pun tak sampai-sampai nak bawa ke tepi.
Sejak paper keluar berita culik budak sana-sini terus rasa terkesima. Wah gitu, tak paham pun terkesima tu apa tapi nakkk juga taip.
Jadi, sekarang adalah mood bertenang-tenang. Muhasabah diri & menajamkan parenting skills. Niat-usaha-doa-tawakal. Jom kita praktikkan
...dan....
Antara sebab lain, memang tengah membizi pale otak untuk website office. Awal april dah kena nilai. Kalau dapat 5 bintang, fuhh alhamdulillah. Itu yang utama lah, kerja2 lain pun mak layan nokss... sambil lentikkan jari menghala ke depan dengan menyebut..."layannnnnnnnnn"
Sila imagine sambil buat..nescaya anda happy macam saya :)

Subscribe to:
Posts (Atom)