Okeh...perkataan baru hari ini adalah seperti di atas
maksudnya...Selamat tengahari!!
Word dua hari lepas ingat tak?
hah...tak ingat la tuh :p
Sudah 2 hari tidak bersiaran seperti dj
jadi kena la cerita all in one
ok...get set
1.......2......go!
Mode : Serius
Pada hari ke-2 kami di beri taklimat awal sebagai trainee JICA
Jadi waktu pagi penuh dengan aktiviti mengisi borang untuk mendapatkan kad elaun (dapat 3ribu yen++/sehari) & kad kesihatan. Selain itu, turut diberi penjelasan tentang penggunaan meal card, do's n don'ts sepanjang menginap di TIC serta hal-hal lain macam pemberian peta tokyo, tag nama dan sebagainya. Tengahari di bawa pula pusing sekitar TIC untuk melihat kemudahan & perkhidmatan yang disediakann. Tempat sini selesa. Kemudahan banyak. Sesi petang bersambung dengan taklimat program pula. Ikut jadual ada tutorial, visit & presentation group. Nanti saya update sket2. Selesai dalam pukul 5 petang.Kalau disini, dah dikira waktu maghrib. Semalam sudah mula tutorial. Kami diberi pendedahan tentang pelajaran, politik, kerajaan & latar belakang Negara Jepun.
Di TIC ada disediakan masakan ayam halal. Tapi saya lebih suka makan ikan, salad & cocktail. Dan tiba-tiba juga menjadi seorang vegetarian. Apekah??
Mesin ni diletak di main lobby. Bole check tekanan darah sendiri. Setakat ini masih lalu lalang sambil menjeling manja. Tak sempat lagi nak cuba
Ini adalah sesi perbincangan mak-mak dan bapak-bapak pengantin untuk pemberian sourvenir kepada coordinator dan Jabatan yang terlibat semasa sesi lawatan.
Malam selasa lepas adalah sesi jalan-jalan mencari pasal ke Shinjuku. Naik train dalam 10 minit dah sampai.
Hullahup diteruskan semalam dengan ke Sasazuka...deretan kedai kecil di sekitar perumahan.
14 negarawan :p |
Aktiviti melawat kawasan sekitar TIC bersama Instructor jepun yang comel |
I choose this set |
Di TIC ada disediakan masakan ayam halal. Tapi saya lebih suka makan ikan, salad & cocktail. Dan tiba-tiba juga menjadi seorang vegetarian. Apekah??
Check BP by ur own |
Yippiee....berjaya snap gambar photographer.. .sila lihat jari jemarinya yang lentik itu |
Orientation day |
Sarapan hari ke-3. Grilled fish & cornflakes |
Jepun juga ada masalah yang sama. Kekurangan lelaki di kolej |
Mode : Hullahup
Malam selasa lepas adalah sesi jalan-jalan mencari pasal ke Shinjuku. Naik train dalam 10 minit dah sampai.
Hullahup diteruskan semalam dengan ke Sasazuka...deretan kedai kecil di sekitar perumahan.
On de way to Shinjuku |
Malam itu suhu adalah 13 celcius. Rasa macam masuk dalam peti sejuk. Gigil weh
Masih ada homeless di sana. |
Pemandangan indah bandar Tokyo dari Observatory. Free entrance (Itu yg penting) |
Jalan-jalan sekitar shinjuku |
Ok, ini saja dapat update. Baru balik dari Akihabara. Situ banyak gilos gajet. 10 tingkat yang penuh dengan games, toys, pc, kamera dan macam-macam lagi. Malam ni baru beli sket2, survey harga & set target nak beli apa. InsyaAllah, hujung minggu ni akan ke sana lagi.
3 comments:
sesi kelas nye sekejap.. part jenjalan tu yg lama... belum nmpk sebarang gmbr ko bershopping lagik.. ada byk hari lagi kan.. wehh.. ingat anak2 & laki tak tu???
laporan cukup padat..ehhehe...mmg syok baca wei..tp tgk ko gigil sejuk seperti perlukan bara api jerr..hahahha..anyway bos..i ttp setia menunggu laporan seterusnya...
taking care bos..
mekchu : part jenjalan de most interesting...belajar secara tidak langsung...ha2
lin : laporan kena skema wei.ramai yg baca.heeee. memang sejuk...sudahler tk cukup lomak..tak cukup makan berkhasiat...byk yg tak cukup.. :)
Post a Comment