28 October 2010

Konnichiwa


Okeh...perkataan baru hari ini adalah seperti di atas
maksudnya...Selamat tengahari!!

Word dua hari lepas ingat tak? 
hah...tak ingat la tuh :p

Sudah 2 hari tidak bersiaran seperti dj
jadi kena la cerita all in one
ok...get set
1.......2......go!


Mode : Serius

Pada hari ke-2 kami di beri taklimat awal sebagai trainee JICA
Jadi waktu pagi penuh dengan aktiviti mengisi borang untuk mendapatkan kad elaun (dapat 3ribu yen++/sehari) & kad kesihatan. Selain itu, turut diberi penjelasan tentang penggunaan meal card, do's n don'ts sepanjang menginap di TIC serta hal-hal lain macam pemberian peta tokyo, tag nama dan sebagainya. Tengahari di bawa pula pusing sekitar TIC untuk melihat kemudahan & perkhidmatan yang disediakann. Tempat sini selesa. Kemudahan banyak. Sesi petang bersambung dengan taklimat program pula. Ikut jadual ada tutorial, visit & presentation group. Nanti saya update sket2. Selesai dalam pukul 5 petang.Kalau disini, dah dikira waktu maghrib. Semalam sudah mula tutorial. Kami diberi pendedahan tentang pelajaran, politik, kerajaan & latar belakang Negara Jepun.

14 negarawan :p

Aktiviti melawat kawasan sekitar TIC
bersama Instructor jepun yang comel

I choose this set

Di TIC ada disediakan masakan ayam halal. Tapi saya lebih suka makan ikan, salad & cocktail. Dan tiba-tiba juga menjadi seorang vegetarian. Apekah??

Check BP by ur own
Mesin ni diletak di main lobby. Bole check tekanan darah sendiri. Setakat ini masih lalu lalang sambil menjeling manja. Tak sempat lagi nak cuba

Yippiee....berjaya snap gambar photographer..
.sila lihat jari jemarinya yang lentik itu

Orientation day

Sarapan hari ke-3. Grilled fish & cornflakes


Ini adalah sesi perbincangan mak-mak dan bapak-bapak pengantin untuk pemberian sourvenir kepada coordinator dan Jabatan yang terlibat semasa sesi lawatan.


Jepun juga ada masalah yang sama. Kekurangan lelaki di kolej


Mode : Hullahup

Malam selasa lepas adalah sesi jalan-jalan mencari pasal ke Shinjuku. Naik train dalam 10 minit dah sampai.
Hullahup diteruskan semalam dengan ke Sasazuka...deretan kedai kecil di sekitar perumahan.


On de way to Shinjuku

Malam itu suhu adalah 13 celcius. Rasa macam masuk dalam peti sejuk. Gigil weh

Masih ada homeless di sana.

Mereka tinggal di tempat pejalan kaki bawah bangunan. Sedih pula tengok sebab rata-rata adalah warga tua. Susun kotak terbongkok-bongkok...tapi masih membaca untuk mengisi masa lapang






Pemandangan indah bandar Tokyo dari Observatory.
Free entrance (Itu yg penting)






Jalan-jalan sekitar shinjuku
Kali pertama keluar berjalan, memang berlaku kesesatan. Nasib keluar beramai, so tidak le cuaks sangat. Sangat terharu pada seorang gadis jepun yang bermurah hati tolong kami tunjuk jalan.bukan setakat tunjuk jari tapi siap bawakan kami ke stesen yang betul. Jauh juga stesen tu sebenarnya. Sakit urat dibuatnya. 3 jam di Shinjuku diisi dengan berjalan & berdiri, Windows shopping le kunun (termasuk masa sesat sekali). Kalau masa pergi kaki melangkah tersusun rapi, tapi masa balik dah macam bersepah tak tentu arah.





Semalam suhu drop lagi. Jatuh kepada 10 celcius. Gambar-gambat makcik kt atas adalah di Sasazuka.Jalan kaki dalam 10 minit dari TIC. Di situ ada kedai 100 yen. setakat ni, 100 yen adalah nilai yang paling murah walaupun kalau convert duit kita, harganya dalam RM4. Macam standard kedai 2ringgit kita laaa....

Ok, ini saja dapat update. Baru balik dari Akihabara. Situ banyak gilos gajet. 10 tingkat yang penuh dengan games, toys, pc, kamera dan macam-macam lagi. Malam ni baru beli sket2, survey harga & set target nak beli apa. InsyaAllah, hujung minggu ni akan ke sana lagi.

3 comments:

mekchu said...

sesi kelas nye sekejap.. part jenjalan tu yg lama... belum nmpk sebarang gmbr ko bershopping lagik.. ada byk hari lagi kan.. wehh.. ingat anak2 & laki tak tu???

hazlin said...

laporan cukup padat..ehhehe...mmg syok baca wei..tp tgk ko gigil sejuk seperti perlukan bara api jerr..hahahha..anyway bos..i ttp setia menunggu laporan seterusnya...
taking care bos..

Chekpid said...

mekchu : part jenjalan de most interesting...belajar secara tidak langsung...ha2

lin : laporan kena skema wei.ramai yg baca.heeee. memang sejuk...sudahler tk cukup lomak..tak cukup makan berkhasiat...byk yg tak cukup.. :)