22 April 2011

Bila hati dah berkenan


...sumber en gugel....


Mari kita bercakap menaip tentang strawberry hari ini. Siapa-siapa yang suka buah ni mereka adalah sepesen dengan hakak. Apakah keistimewaan dan tarikan buah strawberry?  * ala-ala bentuk soalan rumusan tingkatan 1..

Sesetengah orang tak suka sebab masam tapi i suka serius tahap kuasa nano.. Bentuk dah ropa lep2, sangat eksotik...kaler pulak merah menyala...memang memikat kalbu. cer korang cium bau dia pulak..perghh, sungguh mempesona, mengujakan, menenangkan dan macam-macam feel lagi. Tapi description di atas ditujukan kepada buah strawberry di Cameron highland...setakat ni situ je yang best. Kalau di Genting, kureng sikit. Buah kecil & macam tak nyenyempat nak tunggu masak dah dipetik untuk dijual. Maka banyaklah buah yang dijual berwarna separuh merah oren dan separuh putih. Itu i pergi last year. X sure kalau sekarang dah ada kemajuan.

Kalau kat cameron kan, yang jual kat pasar malam tu kecik. Tapi kalau pergi kat pasar basah...yang area brinchang tu...makaihh marvelous. besor duit limaplosen. kaler usah cakap la...merah makngah ngalahkan gincu. Makan gitu jek dah best. Tapi kalau cicah gula pun best..Pernah tak dengar statement buah strawberry makan kat atas manis, tapi kalau bawa balik rumah jadi masam. Percaya ke? i guess sebab bila kita makan kt atas bukit tu, bukannya rasa manis. Tapi sebab cuaca sejuk, so makan benda masam pun tak terasa masam... (boleh pakai tak jawapan tu). Kalau ada jawapan lain, korang bagitau ye...

Nota jari berinai : Taip en3 ni pun dah rasa terliur..aduss

3 comments:

n o h a F i z a said...

pegi Tesco pon ada jugak tapi masham...

Nur said...

Strawberry cameron highland tu, ada tindak balas kimia dalam tu (something like that) yang mengubah rasa bila di atas manis, tapi dah bawa turun, dia jadi masam. Tapi masam pun, makan juga. :)

Kherun said...

Apa2pun, tahniah la ye chekpid... Fizah Jusoh dulu pun, balik2 Japang teghuh lekat.... rezeki...