25 April 2011

S.e.k.s.a


Ada satu perkara yang menyeksakan bila mengandung.... 

  • Muntah ijau setiap pagi --> Tahan. mata berair-air pun tahan. Sebab lepas itu akan rasa lega. Nak pergi kerja pun lebih bersemangat.
  • Sakit pinggang --> Semakin membesar perut, semakin pinggang ini berdenyut-denyut. Tapi ada ubatnya. Baring, insyAllah...lega la juga dari terus sakit sepanjang hari
  • Tidur tak lena--> Ngiring kiri salah..kanan salah...Biasanya berlaku dekat 7-8 bulan kot. Termasukla cramp tengah malam. Pakwe dah paham benar. Kalau terjerit-jerit tu, dia bangun (siap pejam mata lagi)...lentukkan kaki ke arah dalam, insyAllah, cramp hilang



Apa yang seksa adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 minum susu...!!!

Memang tak lalu. Anak nak masuk 3 ni pun masalah yang sama masih berlaku. Seeloknya memang la kena minum kan. support kita untuk tambahan kalsium. Maklumlah, banyak zat dalam badan kena kongsi & salurkan pada baby juga. 1st baby dulu, beli 1 tin besar. Excited. Kesudahannya, sampai masuk anak nombor 2 susu masih berbaki setengah. Nak buang sayang, beli sudahlah mahal. Jadi display kat rak dapur dekat 2 tahun, baru puas hati nak buang..punyalah...!!

Yang sekarang..konon nak pujuk hati. Try susu segar..manalah tau boleh masuk. Bila setiap kali minum sakit perut...dan pening lalat sepanjang hari...mual..pening...segala macam masalah. Akhirnya bendera putih juga ku kibarkan.

Memang susah sangat minum susu. Cerita juga pada mak. Mak kata " Ko dulu memang tak suka susu. Asyik nangis je. sudahnya mak sumbat air rebus nasi baru diam"



....**patut pun**...

Jadi, untuk menyedapkan hati, langkah pencegahan yang dilakukan untuk menambah kalsium adalah dengan mengambil pil, banyakkan makan ikan bilis dan juga sardin, ok?




 Pagi tadi kan, dapatlah satu bungkusan.
.
.
.
.





Sample susu...kawan recommend la nih...Mari kita positif. Puan Rafidah...sila cuba ...Usaha tangga kejayaan



5 comments:

mekchu said...

ko memang kan.. dari dulu susah nak minum susu.. tp kalo dah teruk sgt, telan pil je la jawabnye..

tp mana la tau dpt sample pack cam tu ko bleh selera pulak kan :) wei, x nmpk pun perut..

mrspuex said...

yg berenvelop tu susu la yekk..:D
ingtkan surat rasmi kerajaan..hahaha...
catok!!..sedapkan jugak walaupun x sedapp...:D

Chekpid said...

kawan2 ku...cubaan telah gagal hoccay...malam tadi muntah angin & terus perut rasa sebu. mual minum susu tak hilang beb...

Unknown said...

segala seksaan tu adalah cubaan...bila la saya nak merasainya hehe...

Nur said...

Anmum la yang paling sedap, Epid. Baik ko minum, untuk baby juga. Tambah gula satu sudu teh. Hehhe..! Selamat yek!
Tak pun, cuba try anlene coklat kalau tak boleh telan anmum. :D