04 July 2011

Surat layang


Kepada sesiapa yang berkenaan.

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas bagi melahirkan perasaan yang telah merentap jiwa & hati nuriani saya kebelakangan dan kehadapan ini. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

  • Tuan 1 : Daun-daun pokok limau purut saya habis rompong-rompong terutama pucuk muda yang sedang cuba membesar dengan kasih sayang. Kalau pun tuan nak menumpang makan, cukuplah sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Siapa lah tuan yang dengan sewenang-wenangnya mengajak segerombolan anak pinaks datang menjamu selera di pokok saya.ye ye saya tahu pokok tersebut menjadi kegemaran tuan & keturunan tuan. Tapi berpada-pada lah di masa akan datang supaya semburan racun round-up tidak saya lakukan kelak.

  • Tuan 2 : Kerja siapa pagi semalam? oh, semua taknak mengaku ye. Apabila saya membuka tingkap dengan harapan menyedut udara segar terbau pula sesuatu yang tidak menyenangkan. Sekiranya tidak sempat mencari tanah atau dah nak terbelahak sebab kekenyangan, sakit perut mahupun tercekik tulang, jangan lah perkara tersebut di buat di halaman rumah saya yang bersimen itu. Sepatutnya tuan dah bajet baekk..dimana tempat yang sesuai untuk melepaskan hajat. Setiap hari mengiaw dengan muka manja minta ehsan walaupun saya rasa tuan tidak la semacho mana. Kencing pun bersepah, sambil lalu sambil meninggalkan kesan. Sepatutnya tuan minta ijin saya untuk berbuat perkara-perkara yang tidak berhemah tersebut.

  • Tuan 3 : Seperkara lagi yang pelik. Tuan & keturunan tuan yang sememangnya sejak azali sukakan manisan, mana mungkin menyerang makanan-makanan lain yang tidak berkenaan? Memang pelik tetapi benar apabila hurungan di buat ke atas nasi dalam periuk nasi, sambal tumis ikan kembung dan air masak? Apekah? Mungkin ada sesuatu yang tuan ingin sampaikan, tapi sumpah sampai sekarang saya tidak faham sebabnya. why? why?.
2.       Diharap perkara ini tidak berpanjangan. Memandangkan saya sedang mengandung, sangat tidak elok untuk berkata tidak baik kepada tuan-tuan yang berkenaan. Kita berkongsi hidup di bumi & sepatutnya saling hormat-menghormati. Ini sekadar luahan hati saya supaya ada tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan yang berlaku. 

3.       Besarlah harapan saya supaya perkara ini tidak berulang lagi. Kerjasama dan perhatian segera tuan-tuan yang berkenaan sangat dihargai dan didahului dengan serangkap moto

"Apa yang penting?....kerjasama"

Sekian, terima kasih


Yang benar,
Tuan tanah kedaung

8 comments:

mrspuex said...

wahhh...surat layang yg sgt unik dan penuh makne..

tuan-tuan berkenaan juga telah membuat onar di rumah saya..

adakah patut??sgtt tidak patut kan??

situasi kite sama laa..

Nur said...

Hahaha, surat yang bagus!
Semut kat rumah aku, ada sekali, lupa beras cap mana, dia seronok duduk dalam bekas berat. Dah kena cuci banyak kali time nak masak nasi. :)

iBu ZulFaQar RayYaN said...

sangat menarik kat pida...hehehhee...A++ untuk surat ini

Don & Nor said...

tuan-tuan sekalian...fahamilah perasaan ibu yang sedang sarat itewww..jgn kecewakan jiwa dan raganyaa....

Anonymous said...

fid...terbaik!!!!

ummi sofiyyah said...

haha..kelakaw la cheqpid ni...tuan2 yang berkenaan tu suma dah ambil maklum ke tentang perkara ni?haha..

p/s: Tq bgtau Sofiyyah menang contest WCC tu yer...!! cayang la dia...muuuaahhhh..!!

Chekpid said...

Dear all, macam paham2 je depa. minggu ni ada perubahan..ha2.

rasa geram perlu disalurkan. dari wat kering air liur, taip camni lagi best :p

n o h a F i z a said...

hahaha...kelakaulah. moga2 ada la wakil deme2 tu yang baca. kat rumah ai pon sama semut masuk dalam air masak. pastu meninggal dunia kat dalam bekas air tu. tensi betul.