04 December 2011

Kita ke Taiping yeop!

Zoo Negara...sudah

Zoo Melaka.....pun sudah


Moh kita ke Zoo Taiping le yeop!!





Ini gambar di awal pagi..........


 Pose bengkok kaki dulu untuk membuat senaman dan regangan yang bersesuaian. Lepas tu baru boleh tawap satu zoo


Takku tahu menatang apakah ini. Macam kerbau pun ye, seladang pun ye...


Kami sampai awal pagi. 5 minit lepas zoo buka, dah tercegat depan kaunter. Dewasa RM12, Kanak-kanak RM8. Nah RM40 kak, buat duit raya :p



Kami antara rombongan pertama naik tram. Puas la tengok menatang-menatang ni dari jauh dan dekat sebab kebanyakan sangkar memang kat tepi jalan. Naik tram je boleh nampak suma rimau gajah belaka. Senang kerja. Syabil nyotnyot atas tram pun boleh lepas 2 round tanpa gangguan. apa ku kesah, yang penting kasi anak kenyaaaaang dulu.



Apa kena ntah budak2 ni. semenjak dua menjak suka benor buat mimik muka pelik setiap kali nak snap gambo. Apa depa pikir cun benor gamaknya buat ropa tu

Ini lagi sorang.............



Lepas turun tram, sambung berjalan. Boleh tahan semput jugaklah, tapi ku tahan jebattttttt!!! Bb Syabil takmoh dengan abahnya, dia nak jugak tidur dibahu ku yg empuk



Memang bertuah kami sampai pagi-pagi. Kebanyakan binatang keluar dari tempat kurungan sebab time depa makan. Muka memasing pun macam hepi, itupun kalau boleh kutafsirkan dari body language mereka, especially si hippo gemuk pendek yang tanpa segan silu bercengkerama dengan pasangannya di atas rumput yang tak berapa nak tumbuh.

Gambar tak banyak, sesemput diriku yang kefenatan. Habis berjalan, anak-anak nak naik tram semula. Huh, tak kosa nak follow. My laling je yang bawa mereka. Tunggu dalam kereta dengan bb lagi best, ditemani dengan aircond yg nyamaaaaaaan. Masa nak keluar tu dalam pukul 12.30 gitu, rupanya ramai yang beratur panjang kat entrance, dah start hujan pulak tu.

Kesimpulannya, Zoo Taiping ok untuk parents macam kami yang nak bawa anak kenal binatang secara live. Walau bagaimanapun, agak ralat sedikit sebab tak berjaya memahamkan syafiq sepenuhnya kategori binatang di zoo bila tiba-tiba dia tanya, "Mama, katak mana?"

01 December 2011

Kau kunci cintaku dalam tekakku


Tajuk entry memang tak menahan walaupun takde kena mengena pun. haha. 

Semenjak dah lulus buat kek coklat (recipe frm my sis), mula la asyik nak berkesperimen dengan kek. Gali-gali dalam google mencari resepi yg mudah. Maklum la tekak ni asyik nak makan. Duduk rumah bercuti panjang, ini ler masanya buat macam2. Dah masuk kerja nanti sure tak sempat, 4 sure.

Eceh...konon dah expert. Masa nak buat lapisan cheese tu, baca resepi sekali je. Dah siap blend suma tergerak baca balik buku tu. Ha kau, pitam!! Gelabah tenuk dibuatnya...orang suh letak 25ml air, wa letak 250ml. Terus cari idea macamana nak recover semula. Add on mcm2 ikut sukatimak. Heeeee...ngeri pikir.

Begini la endingnya selepas dipotong




Ikut rasa tekak ni, kira ok la. dicicah-cicah manja pulak dengan topping stroberi..perggghhh!!

26 November 2011

Monolog Syabil



Mamat dan Razak budak jahat. 
Pada hari Rabu lepas, mereka panjat pokok jambu Pakcik Sahak. 
Jambu Pakcik Sahak lebat. Penuh mulut mereka berisi jambu kerana tamak


ish..ish..ish sampai macam tu sekali tamaknya
kalau ye pun jangan la penuh kan mulut
penuhkan perut..............macam abang
***kalau abang tau, sure dia murka***


-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Tiba-tiba pakcik Sahak tercegat. Mamat terkejut pusat. Razak pula menjerit terperanjat.
"Cepat lari," kata Mamat
"Aduh, sakit!" pekik Razak
"Semut api gigit tumit."




Hikhikkkkkkkkkkk!!!!!
terpanjat boboi
P.U.C.A.T bukan pusat la bang 
smile sipu-sipu :)

19 November 2011

Rutin baru

Lamanya tak update blog ni. dah bersawang-sawang. Membizi dengan anak-anak. Bila ada masa lapang, merasa juga tengok tv atau tidur barang sejam dua. Update blog ni ibarat mengisi masa lapang...ibarat menulis diari. hati kena ngam dengan masa yang ada.

Pejam cilik dah 2bulan cuti panjang. Baby pun dah semakin aktif. Paling suka tengok baby tidur. Sangat mendamaikan.

Saje la nak kongsi cerita ngan korang. Si abang nombor 2 tu selalu usap perut ai & cakap.."baby...baby"..motippppp????

dari rasa kecik aty, baikler ku jadikan pembakar semangat untuk menguruskan lelemak dan sisa pepejal yang membuaks itu. walaupun memang selalu sangat semangat tu tak kemana pun noks...

waktu cuti2 begini la jugak masa yang sesuai untuk buat stok susu syabil. Sekarang ada la dalam 40 botol, start simpan sejak dia umur sebulan.

I have a big intention to feed him exclusively untill 6 month.
wah..dengan tiba-tiba bahasa jermanku keluar dengan lancar...**pingsan seplohkali**

Banyak khasiat susu badan ni. imunisasi baby memang kuat. Jarang sakit. Selalu kalau antar kat nurseri budak-budak kan mudah kena jangkit selsema kan, alhamdulillah budak-budak ni takde la selalu kena sampaikan kita pun dah lupa bila kali terakhir diorang demam atau selsema. Menyusu bagus juga untuk ibu. Senang kecutkan rahim & menghindarkan dari kanser, insyaAllah. 


Ini gambar masa raya haji. ..see, just me a princess in de house
wah..princess kahhh?

27 October 2011

Sejuk perut


Anak sulung dah konvo
 
-
-
-
-
-
-

Anak ke-2 dah bekerja
  


sejuk perut maknya tengok anak-anak dah boleh berdikari,
patutla tak kempis-kempis perut ni ha..buat sit up pun tak mendatangkan hasil lagi..

TAPI
-
-
-
-
-


 Yang ini tak ada kompromi. Kena jaga elok-elok. Fokus kat dia kena lebeeeeyy.
Orang dulu-dulu kata, kalau baby menangis, jangan biar lama-lama. kena cepat-cepat pujuk dan bercakap dengan dia.

Selain dari elak kembung,  bila dah besar dia takkan menangis lama-lama, tak kirala kalau terjatuh ke..kemaruk mainan ke...sekejap je dia menangis. Senang dipujuk.Insyaallah insiden guling-guling rajnikan tidak berlaku di mana-mana pasaraya  yang anda lawati.




21 October 2011

Selamat sudahhhh......


Bila teringat waktu bersalin otomatik trauma. Membayangkan sahaja proses bersalin hari itu dah ngilu satu badan.

Alhamdulillah selamat juga bersalin 10 September lepas. Awal 7 hari dari tarikh jangkaan. Sehari sebelum tu pi check up. Doktor kata biasanya kalau dah dekat, berat turun. Tapi almaklumla kan lepas raya, insiden melantak-lantak membuatkan diriku bertambah 2kg dlm seminggu. Kau ado? haha....

Dijadikan cerita 9 haribulan tu check up dan bila petang dah mula rasa perut menegang dalam setiap setengah jam. Pengalaman lahir bb seblum ini pun tak pernahnya air ketuban pecah, tak sedap hati kami pergi semula ke hospital petang tu juga. Makanya check in dalam pukul 5ptg. Malam sempat melantak nasi goreng kampung. Member opis siap datang melawat, seronok berborak sampai pukul 11 malam. Terima kasih pada sahabtku, lalinx

Pukul 11.30 dah mula rasa sakit yang amat.Pukul 12 terus masuk labour room. Bila hubby temankan, serius memang kita rasa secure & comfort. Pemberi semangat la katakan. 12.50am, di tengah hening malam tu lahir ler Muhammad Syabil. Syabil bermaksud bintang/membesar dalam kesenangan. Dengan harapan anak ini akan menjadi khalifah Allah yang disegani, menjadi pemimpin  & idola yang baik dan dipermudahkan hidupnya di dunia dan akhirat. Amin............





Abang dan adik memang excited bila dapat baby. Tak sesudah mencium sampai naik lemas si kecik tu.

Berpantang masa anak seorang tersangatlah berbeza bila anak dah bertambah-tambah ni, especially bila mereka dah besar, akal dah panjang, nakal pun tak menahan beb!! Nanti ai cerita insiden godjilah mengamuk. Serius hilang sifat kewanitaan melayu terakhir yang telah lama ku praktikkan..huhuuuuu