04 December 2011

Kita ke Taiping yeop!

Zoo Negara...sudah

Zoo Melaka.....pun sudah


Moh kita ke Zoo Taiping le yeop!!





Ini gambar di awal pagi..........


 Pose bengkok kaki dulu untuk membuat senaman dan regangan yang bersesuaian. Lepas tu baru boleh tawap satu zoo


Takku tahu menatang apakah ini. Macam kerbau pun ye, seladang pun ye...


Kami sampai awal pagi. 5 minit lepas zoo buka, dah tercegat depan kaunter. Dewasa RM12, Kanak-kanak RM8. Nah RM40 kak, buat duit raya :p



Kami antara rombongan pertama naik tram. Puas la tengok menatang-menatang ni dari jauh dan dekat sebab kebanyakan sangkar memang kat tepi jalan. Naik tram je boleh nampak suma rimau gajah belaka. Senang kerja. Syabil nyotnyot atas tram pun boleh lepas 2 round tanpa gangguan. apa ku kesah, yang penting kasi anak kenyaaaaang dulu.



Apa kena ntah budak2 ni. semenjak dua menjak suka benor buat mimik muka pelik setiap kali nak snap gambo. Apa depa pikir cun benor gamaknya buat ropa tu

Ini lagi sorang.............



Lepas turun tram, sambung berjalan. Boleh tahan semput jugaklah, tapi ku tahan jebattttttt!!! Bb Syabil takmoh dengan abahnya, dia nak jugak tidur dibahu ku yg empuk



Memang bertuah kami sampai pagi-pagi. Kebanyakan binatang keluar dari tempat kurungan sebab time depa makan. Muka memasing pun macam hepi, itupun kalau boleh kutafsirkan dari body language mereka, especially si hippo gemuk pendek yang tanpa segan silu bercengkerama dengan pasangannya di atas rumput yang tak berapa nak tumbuh.

Gambar tak banyak, sesemput diriku yang kefenatan. Habis berjalan, anak-anak nak naik tram semula. Huh, tak kosa nak follow. My laling je yang bawa mereka. Tunggu dalam kereta dengan bb lagi best, ditemani dengan aircond yg nyamaaaaaaan. Masa nak keluar tu dalam pukul 12.30 gitu, rupanya ramai yang beratur panjang kat entrance, dah start hujan pulak tu.

Kesimpulannya, Zoo Taiping ok untuk parents macam kami yang nak bawa anak kenal binatang secara live. Walau bagaimanapun, agak ralat sedikit sebab tak berjaya memahamkan syafiq sepenuhnya kategori binatang di zoo bila tiba-tiba dia tanya, "Mama, katak mana?"

6 comments:

Yati said...

Ler.. ke Tepeng ke. Ate.. tak singgah Lake Garden ke, dating bawah pokok? Hehhe...
Aku dulu pi zoo tepeng ni, naik tram pastu kuor balik, tak jalan pun. Sebab tram tu antor sampai ke luor pagor. Malas nak masuk balik. :D

CIK JATT said...

best gak kan zoo taiping ni. kitorang pun pernah terjah sekali. singgah doli char koew tau yang femes tu tak

mrs puex said...

sib la syabil x tanye mama die..hahahahaa...sempat cuti2 ke taiping naa..:D

chekpid said...

put : xsempat nak dating dah hujan...penganten yg shoot outdoor kt tasik pun larik selamatkan diri

cik jat : xsinggah makan pun. kt mana tmpt char koew tau yg femes tu

mrs puex : sempat naaa...3jam dlm kete pun sanggup

ANA FARHA said...

kalau ada budak2 seronok lar gi jenjalan tempat gini.. klu takat kami pakwe makwe ni cam tak seswai lak.. tapi, sekali sekala tengok binatang live gini pun best ye..

chekpid said...

ha...yg pakwe makwe mcm ana ini le peluang pergi tmpt2 lomantik atau yg lasak. mcm kami ni follow budak2 jew. diri sendiri dh nombor 2