08 December 2011

Marathon hujung minggu

Hi readers,

Ada tak baca pasal ke Taiping tempoh hari? Ini ada sambungan sikit aktiviti marathon kami hari tu.

Actually kami bertolak ke Taiping sesudah subuh. Bukan subuh gajah macam perumpamaan orang lama tu. Ini betul-betul lepas subuh daa......Pukul 6.30 pagi dah gerak dari rumah. Sampai sana dalam 9.30 pagi dan bermulalah episod macam yang dah diceritakan sebelum ini <sini>

On the way back, kami singgah kat gerai tepi jalan jual doryan yeop! Sebelum masuk zoo dah panjang leher jeling gerai tu tapi control nepsu dulu. Harus utamakan tempat tujuan ke Taiping. Makan sebiji kongsi 4 beranak. Nakkkk jugak makan doryan perak, katanya. Siap bawa bekal lagi, hangkut dalam 5 biji. Sudahnya semerbak dalam kereta sampai rasa nak muntah ijo., padan!!

Tak cukup tu, singgah pula ke Cameron. Saje nak try masuk dari Exit Pulai. Biasanya kami masuk ikut Tapah. Nak tau le jugak jalan Pulai tu ok ke tak. 

Ikut jalan Pulai lebih luas dari jalan Tapah tapi kalau uol dari bawah eg KL/S.alam, lagi dekat lalu Tapah, cuma jalannya sempit sket dan lebih adventure fast & furious gitu. Singgah membasah tekak untuk makan benda ini


of course my fav, strawberry. 

Singgah juga beli sayur sikit. En asben sempat merembat pokok bunga 2 jenis. Dia memang suka bab2 tanam menanam ni..Nanti next en3 kita cerita pasal pokok eh.

Nak gerak balik dalam pukul 4, rupanya tak gerak-gerak haaaaaa. amekkaw. Jalan jem tak hengat, angkara pasar malam brinchang. berejam dok dalam kereta saja je. Walaupun kaki ini tak tekan pedal, boleh tahan lenguhnya meriba budak kecik 5kg plus plus itu. Pukul 7 baru keluar dari tanah rata. Sadissss

Last stop @ RnR Tapah. Recharge energy, mandi wangi-wangi berbedak bagai semuanya, then gerak balik ke S.alam. Sampai rumah pukul 1 pagi. Sekian, terima kasih :)

07 December 2011

Extend cuti


Salam semua pembaca blog chekpid. Ada ke yang baca? pitammmmmmm


Nak tahu tak please say yes :p Secara rasminya cuti bersalinku akan berakhir esok, means friday should come to office & start work. 

Tapi cuti disambung dengan cuti rehat. Baru semalam apply, xsure dah approve ke belum. Harapan menggunung supaya cuti lulus. Bukan banyak pun, 15 hari sahaja :p. Apalah sangat pengorbanan ini untuk anak-anak. I'm not a perfect mom but keep trying to be the best as I can. I'm sure semua ibu nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Maybe ada yang menidakkan, "ye ke semua ibu". My answer is yes, all the mommies. Yang kes2 buang anak atau dera anak itu bukan kategori ibu ye. Belum menjadi ibu dalam erti kata sebenar :p

Masa merancang nak tambah keluarga dulu, cuti bersalin masih lagi 60 hari. Memang berkira-kira nak tambah cuti sendiri sebab nak spend sebanyak masa yang boleh untuk anak. Jadi bermula lah episod menyimpan cuti since last 2 years, hinggakan hujung tahun ini cuti masih berbaki 31 hari. Ditambah pula dengan pengumuman kerajaan tahun lepas tentang penambahan cuti bersalin up to 90 days, semakin beronok-ronoklah diriku nak bercuti panjang.....wink!!! I take it as an opportunity to know my kids deeply. 

So, this is me. Selain dapat susukan baby secara langsung, dapat juga bonus lain seperti lebih masa untuk ajar abang-abangnya solat, mengaji, membaca etc. Subhanallah, kalau tak ambil peluang ini, memang betul2 rugi. Parenting skills are not gifted. Kita kena belajar dari pengalaman sendiri, kawan-kawan dan saluran lain seperti membaca & menonton any related programme. Nak praktikkan pun bukan senang. Kadang-kadang bertukar hijau juga. Penuh dengan rasa gembira, marah, suka, geram dan sebagainya. Saya nak nikmati moment ini. Eh, haipppp bukan taknak kerja ye..kerja pun ibadah juga tapi peluang yang ini xsure boleh dapat atau tidak next time, so i just grab it.

04 December 2011

Kita ke Taiping yeop!

Zoo Negara...sudah

Zoo Melaka.....pun sudah


Moh kita ke Zoo Taiping le yeop!!





Ini gambar di awal pagi..........


 Pose bengkok kaki dulu untuk membuat senaman dan regangan yang bersesuaian. Lepas tu baru boleh tawap satu zoo


Takku tahu menatang apakah ini. Macam kerbau pun ye, seladang pun ye...


Kami sampai awal pagi. 5 minit lepas zoo buka, dah tercegat depan kaunter. Dewasa RM12, Kanak-kanak RM8. Nah RM40 kak, buat duit raya :p



Kami antara rombongan pertama naik tram. Puas la tengok menatang-menatang ni dari jauh dan dekat sebab kebanyakan sangkar memang kat tepi jalan. Naik tram je boleh nampak suma rimau gajah belaka. Senang kerja. Syabil nyotnyot atas tram pun boleh lepas 2 round tanpa gangguan. apa ku kesah, yang penting kasi anak kenyaaaaang dulu.



Apa kena ntah budak2 ni. semenjak dua menjak suka benor buat mimik muka pelik setiap kali nak snap gambo. Apa depa pikir cun benor gamaknya buat ropa tu

Ini lagi sorang.............



Lepas turun tram, sambung berjalan. Boleh tahan semput jugaklah, tapi ku tahan jebattttttt!!! Bb Syabil takmoh dengan abahnya, dia nak jugak tidur dibahu ku yg empuk



Memang bertuah kami sampai pagi-pagi. Kebanyakan binatang keluar dari tempat kurungan sebab time depa makan. Muka memasing pun macam hepi, itupun kalau boleh kutafsirkan dari body language mereka, especially si hippo gemuk pendek yang tanpa segan silu bercengkerama dengan pasangannya di atas rumput yang tak berapa nak tumbuh.

Gambar tak banyak, sesemput diriku yang kefenatan. Habis berjalan, anak-anak nak naik tram semula. Huh, tak kosa nak follow. My laling je yang bawa mereka. Tunggu dalam kereta dengan bb lagi best, ditemani dengan aircond yg nyamaaaaaaan. Masa nak keluar tu dalam pukul 12.30 gitu, rupanya ramai yang beratur panjang kat entrance, dah start hujan pulak tu.

Kesimpulannya, Zoo Taiping ok untuk parents macam kami yang nak bawa anak kenal binatang secara live. Walau bagaimanapun, agak ralat sedikit sebab tak berjaya memahamkan syafiq sepenuhnya kategori binatang di zoo bila tiba-tiba dia tanya, "Mama, katak mana?"

01 December 2011

Kau kunci cintaku dalam tekakku


Tajuk entry memang tak menahan walaupun takde kena mengena pun. haha. 

Semenjak dah lulus buat kek coklat (recipe frm my sis), mula la asyik nak berkesperimen dengan kek. Gali-gali dalam google mencari resepi yg mudah. Maklum la tekak ni asyik nak makan. Duduk rumah bercuti panjang, ini ler masanya buat macam2. Dah masuk kerja nanti sure tak sempat, 4 sure.

Eceh...konon dah expert. Masa nak buat lapisan cheese tu, baca resepi sekali je. Dah siap blend suma tergerak baca balik buku tu. Ha kau, pitam!! Gelabah tenuk dibuatnya...orang suh letak 25ml air, wa letak 250ml. Terus cari idea macamana nak recover semula. Add on mcm2 ikut sukatimak. Heeeee...ngeri pikir.

Begini la endingnya selepas dipotong




Ikut rasa tekak ni, kira ok la. dicicah-cicah manja pulak dengan topping stroberi..perggghhh!!

26 November 2011

Monolog Syabil



Mamat dan Razak budak jahat. 
Pada hari Rabu lepas, mereka panjat pokok jambu Pakcik Sahak. 
Jambu Pakcik Sahak lebat. Penuh mulut mereka berisi jambu kerana tamak


ish..ish..ish sampai macam tu sekali tamaknya
kalau ye pun jangan la penuh kan mulut
penuhkan perut..............macam abang
***kalau abang tau, sure dia murka***


-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Tiba-tiba pakcik Sahak tercegat. Mamat terkejut pusat. Razak pula menjerit terperanjat.
"Cepat lari," kata Mamat
"Aduh, sakit!" pekik Razak
"Semut api gigit tumit."




Hikhikkkkkkkkkkk!!!!!
terpanjat boboi
P.U.C.A.T bukan pusat la bang 
smile sipu-sipu :)

19 November 2011

Rutin baru

Lamanya tak update blog ni. dah bersawang-sawang. Membizi dengan anak-anak. Bila ada masa lapang, merasa juga tengok tv atau tidur barang sejam dua. Update blog ni ibarat mengisi masa lapang...ibarat menulis diari. hati kena ngam dengan masa yang ada.

Pejam cilik dah 2bulan cuti panjang. Baby pun dah semakin aktif. Paling suka tengok baby tidur. Sangat mendamaikan.

Saje la nak kongsi cerita ngan korang. Si abang nombor 2 tu selalu usap perut ai & cakap.."baby...baby"..motippppp????

dari rasa kecik aty, baikler ku jadikan pembakar semangat untuk menguruskan lelemak dan sisa pepejal yang membuaks itu. walaupun memang selalu sangat semangat tu tak kemana pun noks...

waktu cuti2 begini la jugak masa yang sesuai untuk buat stok susu syabil. Sekarang ada la dalam 40 botol, start simpan sejak dia umur sebulan.

I have a big intention to feed him exclusively untill 6 month.
wah..dengan tiba-tiba bahasa jermanku keluar dengan lancar...**pingsan seplohkali**

Banyak khasiat susu badan ni. imunisasi baby memang kuat. Jarang sakit. Selalu kalau antar kat nurseri budak-budak kan mudah kena jangkit selsema kan, alhamdulillah budak-budak ni takde la selalu kena sampaikan kita pun dah lupa bila kali terakhir diorang demam atau selsema. Menyusu bagus juga untuk ibu. Senang kecutkan rahim & menghindarkan dari kanser, insyaAllah. 


Ini gambar masa raya haji. ..see, just me a princess in de house
wah..princess kahhh?