19 January 2012

Aduhai anak

Ini kisah seorang anak belum bujang


Lantaran baru masuk darjah satu
anak yang suci murni kudus mulus itu
telah disuruh cikgu menyiapkan latihan di atas kertas
'Subjek jawi' katanya
Tapi apakan daya, dah nama baru sekolah
belum bijak lagi menulis jawi...rumi ok la
itu pun sekejap huruf kecil sekejap huruf besar..hantamm!!!
dan hasil semakanku di suatu malam mendapati perkara berikut

Kenapa ntah gambar ni taknak rotate 
Sila sengetkan kepala anda untuk membaca

Diringkaskan disini bahawa....
disebabkan tulisan jawi ditulis dari kanan ke kiri
Maka ejaan 1 delima yang dijawikan akan menjadi sebegitu juga

Aduhai anak....
ampunkan makmu ini kerana takdapat menahan ketawa yang berpanjangan 
setiap kali teringat kertas itu

10 January 2012

Superbusy day

2 minggu superbusy. Sejak anak sekolah dan dalam waktu yang sama masuk kerja lepas cuti panjang, kerja hari-hari adalah sangat fenat. Ibarat hujan emas dinegeri orang, hujan peluh dibadan sendiri...vaaaaaa kehlas

Pagi nak pergi kerja siapkan sarapan sebab syahmi nak bawa bekal. standby susu fresh dari ladang sebotol untuk baby syabil, yg lain2 stok dari freezer. hantar baby, hantar beg & baju transit syahmi, hantar syafiq ke tadika baaaaru masuk office.

Tq en asben yang tolong hantar syahmi....jimat 5 gelen peluh.

Kat ofis banyak sangat kerja, nak buat perancangan, nak laksanakan perancangan, report itu, report ini....takpe, demi tugas. kerja, kerja, kerjaaaa

Balik offis berkejor ambil tiga2 anak. punggah baju anak dalam beg, ganti baju baru, gosok baju, kemas beg sekolah, standby beg depan pintu.

Tq en. asben tolong simpan siap2 suma maknenek beg dalam kereta malam tu jugak, jimat lagi 1/2 gelen peluh.

Malam cari juga masa check buku sekolah, basuh baju, tgk CSI kalau ada....ehhh :)

Tup2 bangun pagi semula ulang balik kerja di atass.....

fenat tak anda baca..eheeeee

Pstt...Kalau dah kembali jelita tanpa eyebag di mata, nanti baru leh upload pic...sudikah dikau menunggu??

20 December 2011

Rumahku Syurgaku



Sejak ada 3 hero dalam rumah ini, memang riuh dibuatnya. Paling berbahagia tentulah syabil sebab..........




Ada penglipurlara


 



     

  





















Ini budak kuat berimaginasi. Macam-macam karaktor dia buat. Bercakap pun ikut dialog kartun yang dia suka. Layannnnn



Syabil juga ada pengasuh a.k.a buruh kasar

Sempat belek kuku

Bila baby syabil start nanges, baru angkat























Pok..pok...tepuk baby sambil mata tengok tv























Sungguh kasar kerjanya but dun worry adek totap sayang. Si abang yang rajin walaupun kita kena perhatikan juga dari jauh. Agak-agak ada insiden menyeramkan, cepat2 tegur manja. Karang kalau sound lelebih, dia dah taknak jaga :(

17 December 2011

Anak nak sekolah


Dulu selalu dengar cerita dari mak-mak orang. Sekarang tiba lah masanya menghadapi sendiri saat anak  nak masuk sekolah. Excited bukan main, almkalumlah anak sulung kan. Asal pergi kedai, mata mesti nak menjeling kt barang-barang sekolah. Dah beli pun rasa macam gatal tangan nak beli lagi :)

Nak pula anak lelaki, banyak benda kena consider. Baju tak cukup 2 helai kot. Dengan kasutya...stokingnya lagi. Budak lelaki kan lasak. Nak pulak kalau dia buat shuffle plak karang, pitam nak bersihkan baju dan kasut sekolah. Pulak tu naik bas, entah macamana kotornya nanti.

Yang part alat tulis pula, kami tak beli beriya pun. Takde maknanya nak beli pensil warna sampai 24batang tu haa...bukannya dia minat mewarna pun. Sepah lagi ada. Minggu-minggu awal sekolah nanti dalam peringkat observation. Baru nak kenal anak tu pandai jaga harta atau tidak. Sekarang ini, pakai je stationery  masa Syahmi tadika. Dia pun paham dan tak kisah. Dapat pula mama yang brutal ni ha..sempoi!!

15 December 2011

Syabil 3 bulan

Dah tertinggal keretapi, tapi nak juga update pasal Syabil. Dia genap 3 bulan pada 10.12.2011. Semalam pergi cucuk 3 bulan. Berat dah 5.5kg, Tinggi 63cm.

Ini gambar masa kenduri sepupu kahwinkan anak perempuannya kat Bukit Jelutong. My eldest yang ambil.



Ye encik, ada apa-apa yg saya boleh bantu?


Apa? Nak berkenalan dengan untie kat belakang ni?


Elo brader...mu agak2 la kan...not available hokeh!!
Semua2 kat sini not single anymore


Mana la mama ni. Apsal melantak makan lama sangat
Brooch untie lawa lah, nk tarik boleh?

Mama kata dah besar jadilah hensem
macam abg penganten. Mama like ganda 12

13 December 2011

Mari bercucuk tanam



En. asbenku sangat suka bab tanam menanam ni. Tapi backyard kami kecil sekangkang kuda je. So, tanaman yang sesuai adalah jenis yang reti jaga diri sendiri, takpayah nak bersiram bagai mahupun letak ubat serangga ke hape. Contohnya seperti daun pandan, pokok ubi dan pokok pisang :p

Nak senang, yang lain-lain semua kami tempek kat depan rumah. Tanah sekangkang kuda juga, tapi kira ok sebab semuanya tanam dalam pasu, tidak le semak sangat. Situ la pokok bunga, situ juga sayur, 1malaysia kekdahnya :)


Setiap kali pergi Cameron, sure bawa balik pokok barang sepasu dua



 Pertama kali tanam pokok tomato, now dah keluar 5 biji. Beli benih dari pasaraya je....






Ini antara projek depan rumah :). Seronok bila rama-rama atau pepatung singgah pagi-pagi. Tapi yang kategori menjahanamkan pokok macam ulat bulu adalah sangat tidak dialu-alukan.

Korang suka menanam? tanam apa, share la kt comment yea