27 October 2011

Sejuk perut


Anak sulung dah konvo
 
-
-
-
-
-
-

Anak ke-2 dah bekerja
  


sejuk perut maknya tengok anak-anak dah boleh berdikari,
patutla tak kempis-kempis perut ni ha..buat sit up pun tak mendatangkan hasil lagi..

TAPI
-
-
-
-
-


 Yang ini tak ada kompromi. Kena jaga elok-elok. Fokus kat dia kena lebeeeeyy.
Orang dulu-dulu kata, kalau baby menangis, jangan biar lama-lama. kena cepat-cepat pujuk dan bercakap dengan dia.

Selain dari elak kembung,  bila dah besar dia takkan menangis lama-lama, tak kirala kalau terjatuh ke..kemaruk mainan ke...sekejap je dia menangis. Senang dipujuk.Insyaallah insiden guling-guling rajnikan tidak berlaku di mana-mana pasaraya  yang anda lawati.




21 October 2011

Selamat sudahhhh......


Bila teringat waktu bersalin otomatik trauma. Membayangkan sahaja proses bersalin hari itu dah ngilu satu badan.

Alhamdulillah selamat juga bersalin 10 September lepas. Awal 7 hari dari tarikh jangkaan. Sehari sebelum tu pi check up. Doktor kata biasanya kalau dah dekat, berat turun. Tapi almaklumla kan lepas raya, insiden melantak-lantak membuatkan diriku bertambah 2kg dlm seminggu. Kau ado? haha....

Dijadikan cerita 9 haribulan tu check up dan bila petang dah mula rasa perut menegang dalam setiap setengah jam. Pengalaman lahir bb seblum ini pun tak pernahnya air ketuban pecah, tak sedap hati kami pergi semula ke hospital petang tu juga. Makanya check in dalam pukul 5ptg. Malam sempat melantak nasi goreng kampung. Member opis siap datang melawat, seronok berborak sampai pukul 11 malam. Terima kasih pada sahabtku, lalinx

Pukul 11.30 dah mula rasa sakit yang amat.Pukul 12 terus masuk labour room. Bila hubby temankan, serius memang kita rasa secure & comfort. Pemberi semangat la katakan. 12.50am, di tengah hening malam tu lahir ler Muhammad Syabil. Syabil bermaksud bintang/membesar dalam kesenangan. Dengan harapan anak ini akan menjadi khalifah Allah yang disegani, menjadi pemimpin  & idola yang baik dan dipermudahkan hidupnya di dunia dan akhirat. Amin............





Abang dan adik memang excited bila dapat baby. Tak sesudah mencium sampai naik lemas si kecik tu.

Berpantang masa anak seorang tersangatlah berbeza bila anak dah bertambah-tambah ni, especially bila mereka dah besar, akal dah panjang, nakal pun tak menahan beb!! Nanti ai cerita insiden godjilah mengamuk. Serius hilang sifat kewanitaan melayu terakhir yang telah lama ku praktikkan..huhuuuuu



07 September 2011

Aidilfitri 2011 v1.0




Orang lain dah lamaaaaaaaaaa tempek gambar sana sini cerita pasal raya. 

Apa nak buat..ni mood baru sampai. 

Kami sambut secara sederhana. Suasana tak berapa nak meriah sebab semua kakak tak balik sebelum raya. Paling awal yang balik pun, petang raya pertama. So, kami je la anak beranak yang temankan mak abah since puasa ke-27. Mak tak berapa sihat. Jalan pun dah bertongkat. Di tambah pulak makyong yang kejap ok kejap flat, makanya persiapan oleh 2 orang kelainan upaya ini dibuat ala kadar sajork.

Nasib le mak dah ready barang2 menumis, so malam raya hakak yang marathon masak segala. Ketupat pun takde...cuma rebus ketupat segera. Huhu...rindu nak nganyam. Tahun ni miss lorr... Malas nak pikir lelebih, nanti buat sentap di hari raya. So, we just go with the flow...

ewah!! geli ketiak jari menaip.

Nak mengemas..nak memasak..jalan dan macam siput. Kejap2 rehat..kejap2 test vocal. almaklumler...kita sibuk kat dapur, bebudak tu pun sibok menyepah kat depan.

Gambar raya pun tak banyak. sangat membizi kerja sepanjang raya. Apa yang sibuk?
  1. Sibuk makan. Melantak tak hengat seperti tiada esok bagimu.
  2. Sibuk keluar masuk toilet. Yang ini paling sibuk. Selain disebabkan membawak perut ditambah-tambah lagi makan ntah hape-hape..minum ntah hape-hape. Amekk kau!!...
Mari kita saksikan gambar-gambar yang ado versi 1.0. Ada masa, maybe akan ada versi seterusnya. Tengokla kalo rajin.


Huh..sentap manja la juga. Gambar raya pun ambil sendiri. Moment sambil tunggu orang balik solat raya. Harap si Syafiq memang takde maknanya. Tak kuasa dia melayan makcik. 
Gambar 1 family pun kami tak ada. Takde sape yang nak disuruh. So, buat kali pertamanya sejak 8 tahun beraya after kahwin, kami pergi kedai gambar. Punya la beratur ambil nombor. Penuh kedai gambar sampai keluar koridor. Macam2 kaler baju ada. Meriah bangat, sambil menerbangkan duit seratus hengget untuk saiz 11R + frame. 

Lu ar apek...untung manyak tau. Kasi diskaun pun tak mau..jual expensive!!


So sweet tengok abang nak mengikut pak incek solat raya. Berjaya snap lepas diorang balik. Nampak sangat kerja kau duduk depan pintu rumah, temah ooii

Nampak tak bungkusan plastik tu. Stok ubat makyong. Membatuk tak hingat. Buka puasa asyik melantak ais, itu yang mendapatnya.

We r in de house uols. 
Tak berapa nak syahdu la. Selain tak ada iringan muzik, memang bab salam menyalam ni kami keluarga kental. Semua simpan dalam hati maa...see our blood laa. Didikan mak abah kekdahnya. Tak dapat nak teman mak abah lama-lama. nak tunggu kakak yang lain standby, alamatnya sampai ke petang la tak beraya. Lepas sesi manapau lauk untuk mak mertua, terus kami balik Pasir panjang, beraya sebelah family pak incek pula. Rumah kami dekat. 20 minit dah sampai. Tak lama lepas tu, terus berkonvoi raya sana sini.



Tak dapat duit raya takpe...kami rembat buah limau barli raya...Ampun tuan rumah. Kami ini bukan sesiapa, adir ipar kau jugak. Redha la ye

 
Cuba nyanyi style bangau oh bangau

"Syahmi oh syahmi kenapa baju jongket
Macam mana baju tak jongket..perut sudah penuh...perut sudah penuh"

Agak-agaknya berapa lama la baju dia dapat bertahan. Itu pun baju tempah so buat pinggang getah, tak le senak perut


Syafiq suka peluk-peluk hakak sebab kat perut ai ada lampu ultraman. Berkenan betul dia.


Gitu la serba ringas raya kami di hari pertama. 

Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog sempoi ini. Mohon maaf zahir batin. Harap tiada apa yang terbuku di hati. Kalau ada pandangan dalam blog ini yang menyentap rasa kalian semua, mintak ampun ye. Tak sengaja. 

Doakan hakak dipermudahkan bersalin. Menghitung hari je ni. Sakit segala bagai, tapi ku gagah jua kerja. Minggu depan dah start cuti. Jangka beralin 17hb. kalaula dapat 16hb ke...alhamdulillah...anak malaysia le jawapnya.

09 August 2011

Harga makanan kat Param mahal?


Assalamualaikum. Hi dear, sihat tak? Dah masuk 9 Ramadhan, sekejap je kan. Hari ini saje la nak menyurvey kuih muih kegemaran hakak-hakak sekalian bila tiba time puasa. Korang suka makan apa?

.Ehsan en. gugel. 
Ini lah kuih peberet ai. Kuih tepung pelita. 
My abah pun suka beli, especially bulan puasa. Hari biasa tak terliur sangat pun, padahal pasar malam melambak. Pelikkan. Sama macam murtabak. Masa ni lah ramai yang membeli. Maybe ngamho dengan tekak yang berubah emosi time puasa .

Biasa kuih ni dijual dengan harga 2 hengget 5 ketul. Last week beli di Seksyen 8 harga dah jadi 2 hengget setengah. Tensen je. Semua barang nak naik. Saiz sama, rasa kureng tapi harga naik. Menyentap emosi mak! Pagi tadi kat radio sinar pun ada mention tentang rungutan harga makanan kat Param yang naik compare last year. Tempat korang camne? ok?





29 July 2011

Untung baby....


Ketaq kaki naik pentas. Bukan nebes (ada la sket2 ekceli), tapi lenguh dah naik tangga time kaki memberat & perut memboooOOlat sekarang ini. Dah 8 bulan ni haaaaaa
 


Alhamdulillah, rezeki Allah. Jangan lupa, jangan riak. Berpegang pada amanah & percaya pada diri. Mudah-mudahan ini semua peringatan supaya galas tanggungjawab yang di beri dan buat yang terbaekkkk boboiboy.
 




My 2nd bos pun dapat.Tahun ini juga pelopor Sistem barcode untuk sesi pemberian anugerah. Alhamdulillah system run smoothly. Kredit to our programmer & IT Unit itself.



Hadiah paling best off course dari my laling. Banyak kali hint minta belikan Dorian musang king, dia buat dek je. Malam tadi buat surpriusss bawak balik idaman kalbu. Terharu makkk!!! i lep u vey strong laaaahhhhhhhh

25 July 2011

Dapat hadiah manisssss


Pagi tadi buat maternity check-up. Letih bila bawa budak bawah umur. Bukannya dia faham kita terjengil-jegil suh diam. Lagi berlari-larian ngalahkan maratahon. Sama je dua-dua tu....mode : bebelss

Check bp ok. Check urine, sister inform "Ada gula sikit, puan. Pagi tadi minum manis ye?". Masuk bilik doktor pun kena tegur juga. Tapi sebab history check-up sebelum ini ok & paras gula tak tinggi sangat, just take lesson untuk kali ini. 

Apa tidak nya. Semalam melantak air gas pepsi dekat 2 cawan. Sedap betul air tu lalu ikut tekak tatkala ku minum sambil buka pintu peti ais luas-luas. Ibarat di musim sejuk, cool..!! Minum sorok-sorok kat dapur, punya tamak haloba tak kasi kat anak. Pagi tadi tambah nestum 3 in 1 perasa madu. memang menDAPATnya gula tinggi. Serik tak?.....jawap sendiri!