30 December 2012

Berjaya

Syabil baru pandai berjalan di usia 1 tahun 3 bulan. Hati jadi berbunga-bunga bila tengok si kecik ni.
Sangat membahagiakan!!

Seminggu dua ini dia memang dah melaju dalam rumah. Setakat tangga tu memang tup-tup dah sampai atas. Semua tempat dah explore. Siap main nyorok-nyorok chori-chori chupke chupke dengan abang-abangnya. Tapi bila bawa keluar, dia memang taknak. Even suruh berdiri pun dia lembik-lembikkan badan.

Semalam bawa ke Setia Alam City Mall. Kat situ playground sangat luas dan ada macam-macam benda yang menarik dan menyeronokkan untuk kekanak riang. Pada mulanya dia buat tarik muka juga. Abang-abang dah mendesup hilang ke tempat permainan masing-masing, dia still nyorok bawah ketiak siap tarik-tarik baju kita. 

Lamaaaaaaaaaaa tunggu dia warm-up. Bila dah excited, ha kau! amek...taknak balik. Bila dah start hujan...terpaksa hangkut jugak masuk dalam mall. Balik rumah tidur lena..kepenatan :)

24 December 2012

Anak saya dah besar



Bila anak peringkat tawaf guna tapak kaki sendiri tanpa alat bantuan yg lain, saya consider dah besar panjang. Dan otomatik banyak benda dia buat copycat apa yang dia tengok malah berlebih-lebih esp punggah-kemas-punggah balik=sepah ▶anak ♡ mak :'(

 
@ rumah orang. Pun dia melawat tapak jugak
Minum nak gelas besor. Bila dapat memang pantang toknenek orang usik maupun tumpang sesedut dua.
Sekarang lantik diri jadi naziran pula. Semua tempat dia nak check. Agak2 dia tak berkenan lipat baju kemas sangat..dia punggah balik. Susun buku teratur sangat...dia punggah balik. Itu belum dapat capai pinggan mangkuk. Mau bersilat dibuatnya.
Budak kecik memang pantang benda tersusun eh (buat2 tanya la pulak khaaaaan)



20 December 2012

Jaga anak khatan


Sudah ku agak. Naik kerja mesti malas nak update blog. Balik rumah dah penat pumpampumpam kul 10.30 malam syabil dah ajak tidur. Walaupun dia yang nak tidur, off course maknya rasa macam, eh! aku pun kena  tidur jugak denagn tekad dan azam bangun semula pukul 11 malam tapi sampai sekarang tak pernah berjaya direalisasikan.


Simpan sini untuk rujukan.

Cara menjaga anak berkhatan (My kiddos khatan tradisional)

1. Kain sarung/pelikat. 

Dulu kain di ikat dan digantung untuk elak rasa ngilu, sakit atau tak selesa kat situ. Sekarang tak perlu susah payah mikir mana nak gantung, mana nak tebuk paku bagai. Cari sahaja bekas penapis plastik yang biasa kita pakai kat dapur . Kan benda tu ada jaring-jaring. So ambil tali ropiah ikat kat satu bahagian kemudian lilitkan pada belakang pinggang dan ikat semula pada satu bahagian yang lain. Senang angin keluar masuk. Kain pun tak payah nak ikat ketat-ketat kat pinggang kesian budak tu berkirap. Udah ler terbaring statik gitu. Mau lencun dek peluh dibuatnya. Unless rumah kalian ada aircond.

2. Pemakanan

Tak ada pantang larang yang spesifik pun. Key word adalah 'Menu sihat'. Itu yang patut diamalkan bukan sahaja semasa pantang. Rutin biasa memang susah kan. Tapi bila dalam situasi macam ini sekurang-kurangnya kita lebih teliti. 

Less sugas, less salt, less oil. 
Kukus gril panggang...kukus gril panggang... kukus!!
Haaa...gitu le kekdahnya

3. Cucian luka

Bila anak-anak buang air kecil, jangan basuh dengan air paip. Cari air garam. Nama perubatannya sterile saline solution Kat farmasi ada jual. Harga dalam RM5-6 sahaja. Antara fungsinya untuk bagi luka cepat kering. Nak lagi senang handle, isi dalam bekas spray.

4. Keringkan luka

Bengkak akan surut selepas 3-4 hari prosidur. Sepanjang tempoh itu memang pembantu perubatan bekalkan pil tahan sakit, pil surut bengkak dan antibiotik. Macam chekpid memang tak gemar nak biasakan diri dan keluarga dengan pil tahan sakit. Kalau boleh tahan, tak perlu makan. Macam abangnya, hari ke-3 dah tak makan. Tapi Syafiq kena bagi juga. Dia punya tuttt orang kita kata 'buta'. So masa prosidur memang kulit akan disiat lebih banyak. Dengar dan lihat agak ngeri tapi disebabkan masa tu dalam tempoh bius, dia tak rasa sakit pun. Lepas sehari baru dia mula rasa pedih,

Abang hari ke- 4 dah pakai seluar. Satu statement dia yang tak boleh tahan.

" Mama, abang rasa abang cepat baik sebab abang kuat nangis hari tu"
 ...huh, banyakla ko!

Bagi anak-anak yang seangkatan macam Syafiq. No worry mommies. Peringkat awal kulit akan kelihatan macam bernanah. Actually bukan nanah pun. Itu proses ke arah kulit akan mati, yang mana selepas itu kulit menjadi kering kehitaman. Macam kalau kita luka lah. Lama-lama akan jadi hitam, kering then boleh terkopek sendiri. Dan selalu juga cuci kulit mati dengan air suam dicampur dettol.

Jaga Syafiq pun senang tak banyak ragam walaupun ada juga yang kata..eh, kecik-kecik dah sunat? Dia ok, dia ready dan yang penting masa usia 5 tahun, dia dah rasa sakit sunat dan biarlah dia ingat pengalaman itu sampai bila-bila. Pengalaman berharga menjadi lelaki, waaah gitu...dan dia minum pati ikan haruan ok. Setengah botol pun dia boleh telan. Yang selebihnya makpak minum untuk bagi semangat (tak nak membazir iye jugak..hahaha).

Di hari ke-6 dua-dua anak chekpid dah berseluar. Cuma Syafiq still ikat penapis kat dalam seluar, protection dari tersentuh kulit dia yang belum kering sepenuhnya.Bukan setakat berjalan, siap berlari. Kita yang terjerit-jerit pesan itu ini, budak-budak rilek je. Biasalah mak-mak kan..risau HARUS lebih.

Dan hari ke-7 siap naik basikal. Dengan alasan 'kitorang tak naik, kitorang duduk belakang je'. Sepupunya yang kecik keding mengayuh. Ko bayangkan. Buatnye jatuh tergolekdok, tak ke naya. Sabor makjemahhhh. Actually hari itu kami balik kampung sempena kenduri kesyukuran. Budak-budak seronok jumpa sepupu sepapat katakan, kita sibuk dalam rumah dia pun sibuk juga dengan projek luar rumah.

Apa pun, syukur alhamdulillah. Selesai satu perkara lagi. Selepas ini, dah boleh jadi imam atau solat sebaris dengan orang dewasa di saf depan, insya Allah

12 December 2012

Di hari kejadian


Chekpid dah survey klinik beberapa minggu sebelum tu. Tapi masih berfikir-fikir macammana nak uruskan dengan lebih mudah. Dan datanglah idea untuk khatan dirumah sahaja. Tak payah tengah sakit kena pula naik kereta.  Lagipun Selepas prosidur sekejapan boleh dokong dan landing atas tilam yang memang dah ready depan tv.

Untuk tahun 2012 ini rata-rata upah khatan biasa sekitar rm90-100. Kalau guna laser difahamkan dalam rm150. Ini harga sekitar shah alam. Tempat lain tak pasti.

Hari itu jumaat 7hb dis masih bekerja macam biasa. Siap balik lewat nak settle lnpt online. Sampai ke sudah tak siap lagi makanya balik lah dengan kerja separuh jalan.

Selepas ambil  kiddos cepat-cepat suh depa mandi pakai bedak wangi2...(tidak ada semburan air paip bomba disitu...haha)

Sebenarnya tak adalah nak beriya sangat untuk khatan syafiq. Dia pun baru 5 tahun. Saiz pun halus je. So memang dari awal dah bagitau...'mama ikut adek. Kalau adek ready kita buat'. Dia pula dari awal relax n steady...abangnya pakai pelikat dia pun nak. Walaupun kain tu ku lipat dua masih lagi labuh macam pakai telekung.

Pembantu perubatan datang betul-betul waktu tengah azan maghrib. Kes sesat barat sebab rumah kami agak susah nk bg direction. Exit road banyak sangat sampai boleh jadi confuse esp yang tak biasa area sini. Lepas berjemaah prosidur pun di mulakan. Serius agak gelabah tak tentu arah maknya. Tapi luaran nampak cool saje...hakhakkktuii

"ok siapa nak mula dulu"

Memang sepatutnya abang long tapi boleh pulak dia buat drama. Sesi tolak menolak yang akhirnya membawa kepada syafiq offer diri.

Honestly semasa dia dibius dan menangis rasa agak syahdu. Tapi chekpid taknak kalah dan masa tu perasaan untuk bagi sokongan lebih kuat dari nak melayan emosi kesian. Jadi mak ni kena kuat kan!!!

Posisi paling sesuai rasanya adalah di atas kepala anak. Chekpid pegang tangan dia, tinggikan kain pelekat supaya dia tak tengok semasa prosidur dan terus menerus bagi semangat serta berzikir sama-sama dengan anak.

Sebenarnya sakit dia sekejap je. Selepas bius dia dah berhenti menangis...relax dan follow zikir sama-sama. Terharu dengan keberanian budak kecik tu.

Tiba giliran abang long

Belum apa-apa dia dah menyorok belakang maknya.

Baru bersihkan dengan kapas dia dah terjerit-jerit macam di suntik 2-3 kali. Boleh pulak meronta-ronta nak bangun kata nak kencing..nak e'ek..

Siap muntah 2 kali, banyak menjerit dan menangis punya pasal. Ouwh sungguh telenovela rosalinda de amour.

Nak pegang tangan dia pun tak cukup kudrat. Lenguh tangan mak!

Dan memang dah jangka, perasaan takut dia yang berlebih-lebih (tak bagus juga jadi orang ke 2 kan). Yang kelakar dia menangis dan menjerit-jerit 'sepanjang jalan' ok. Suruh ikut zikir pun taknak. Cakap meraban-raban macamlah kata-kata dia tu mengubah keadaan. Mengekek chekpid ketawa. Hilang nervous mak! Mana taknya antara ayat meraban dia....

"Mama kat tv cerita apa"

...itu pun dengan cara terjerit-jerit jugak.

Lega. Semua selesai dalam pukul 10 malam. Sakit pinggang oooo....hikhik.
Dan malam itu bermula sesi penjagaan dua budak ibarat kembar tak seiras yang kemahuannya tak sama dan dilain-lain masa. Letih boleh tahan *sambillappeluh*

Apapun, syukur semuanya selamat.

Nak sambung siri ke-3 boleh? Tak abis lagi nak cerita apa yang jadi selepas malam itu.

Satu pengalaman baru untuk kami.

Hari ke-4 tilam pun dah lapang. Bebudak merayau sana sini sambil jalan lagak penguin. Tak maunya baring diam-diam.

04 December 2012

Berkhatan


Anak berkhatan uols!!! :p

Agak berdebar dag dig dug bila semakin dekat dengan hari berkhatan. Pengalaman Pertama...memang tak tahu nak fikir apa. Yang tahu, fikiranku kusut..haha

Off course kena dapatkan info dan baca pengalaman orang lain. Sekurang-kurangnya kembali meyakinkan diri kenapa kita nak khatankan anak kekecik macam tu.

Ada ibu bapa yang khatankan anak lelaki semasa bayi, ada juga ketika umur pertengahan dan tak kurang juga yang nak menginjak Tingkatan satu baru nak khatan (Belum jumpa lagi yang dah tingkatan pun baru nak khatan, ada ke?)

setiap ibu bapa ada sebab tersendiri dalam menentukan bila nak khatankan anak masing-masing. Chekpid cuma nak kongsikan pengalaman, Itu aje (sambil selak selendang yang menutup muka ditiup angin...feel tepi pantai cengkonon!!!)

Dua anak dengan sebab berbeza

1. Muhammad Razin Syahmi

~ Dia anak sulung.
Ciri-ciri pelindung dah ada. Sikap tanggungjawab pun dah nampak. Boleh diharap jaga adik-adik. Mengaji dah boleh. Ikut solat dah boleh. Banyak lagi boleh improve. Mungkin boleh jadi imam yang bagus juga, insya Allah. Chekpid percaya yang khatan awal menjadikan mereka lebih matang. Memang tak ada bukti saintifik, sekadar pemerhatian sahaja.

~ Saiz badan.
Memang tak menahan sejak dia 5 Tahun. Itupun selepas dia operate tonsil. Dan hari- hari seterusnya hobi makan dia menjadik-jadik siap kena suruh berhenti. Mana taknya banyak kali dia makan sampai muntah. Baru darjah 1 tapi dah pakai uniform size 10 tahun. Berat dia sekarang sama dengan maknya masa darjah 5.

Tahukan anak-anak yang big size macam ni memang sukar dikhatan?. Jadi dari keadaan lebih teruk, better buat sekarang.

2. Muhammad Syafiq

~ Sumber inspirasi abang
Dua beradik ini memang rapat. Bukan senang nak harmonikan anak-anak, Betul tak? Yang penting parenting skill perlu sentiasa belajar dan praktikkan. Bila abang dicadang bersunat, dia ajak adiknya sekali. Berdiskusi lah dua beradik tu sambil maknya offer beberapa benda jika setuju sunat (haruslah ada reward kheennnn).

~ Sudah bersedia
Dia tahu sunat tu sakit bila kena inject. Dia juga percaya budak lelaki kena berani (kes tengok cerita upin ipin siri berkhatan tu). Dan dia cukup nekad nakkan sesuatu. Dalam kes ini, hadiah yang dijanjikan maknya :).

Dan silalah percaya yang dia dengan berani khatan dulu dari abangnya (fuhhh sambil urut dada, masih tak percaya uols!)


Peranan makbapak

Off course kena bagi support. Kalau berjaya, bagi reward untuk beri semangat. Seminggu sebelum khatan pun mereka dah dengar khutbah setiap kali on the way balik dari nurseri. Kita ini kenalah kreatif sikit bagi nasihat, jangan nampak sangat nak membebel, walaupun hakikat sebaliknya kahkahkah .Bagi tahu betapa bangga dapat anak berani. Cerita juga benefitnya dari segi Islam dan kesihatan. Benda ni semua penting so they can prepare mentally. Kalau korang nak try kekdah ini, pepandailah nak bercerita jangan sampai mereka menguap sudah. Maklum lah orang prempuan ini kan mudah nak risau macam-macam. Kaum bapa risau juga, tapi cover line...heheee ye ke?


Nanti chekpid cerita keadaan di hari kejadian dan pengalaman jaga dua anak yang zassss di hari yang sama. InsyaAllah boleh buat 2-3 siri memandangkan budak berdua itu tengah berpantang. Larik laju-laju naik bilik sebab depa tak boleh kejar..miahhaahaaaha...dengan anak pun nak berebut ipad. Baby syabil udeh tidur. Bertambah laju lah daku mengupdate. Tunggu next entry yaaa


Tataplah dulu gambar yang diambil beberapa minit selepas prosidur. Peace...





21 November 2012

Mission completed















Haaa...tak ke heaven namanya bila membasah badan lapang dan lengang macam ni. Cayolah cakap makcik. Kalau nak bawak anak-anak pergi mandi manda pergilah awal pagi. Hari cuti umum pun sure tak sesak. Kami dah try banyak kali. Setakat ini berjaya

One day trip ke A Famosa memang berbaloi. Sejam setengah dah sampai. Gate buka 9.30 kami orang pertama q. Hak-hak!!




Alhamdulillah...moment membahagiakan bila tengok orang lain bahagia (ayat apakah iteww)


12 November 2012

Hiphiphorey!!!


Bulan ini dua orang budak telah ku hantar ke kelas renang di Pusat Akuatik, Seksyen 13 Shah alam. Rasanya pakej murah kot sebab promo di sekolah abang masa hari terbuka tempoh hari. 8 kelas dengan duration 1hour++ , kos RM100. Ambil offer dari co. water sapien. If berminat nak masukkan anak-anak korang, boleh contact 012-2577926


Abang nampaknya tak perlu dibimbangkan. Dia agak fokus dengan arahan instructor. Sekali dia kecebur...memang melimpah 10liter air dari aras laut..hik2. Bagus bang...bina muscle okeh! You are my saviour, eceh!! Si adek paling kecik dalam kumpulan tu. Cikgu suh tahan napas...ditelannya air berkoyan-koyan. Senyum sipu maknya dari jauh. Memang saje taknak dok dekat-dekat. nanti budak-budak ni hilang fokus. Biar je dia dengan instructornya. Kena marah, kena bebel...korang hadapp la yea...nak dapat ilmu bukan senang.

Abangbil in da house

 Nama glamer sekarang. Bila panggil gitu, senyum sipu je dia. Now budak kecik ni dah setahun 2 bulan. Semakin tembun sejak keluar wad dulu. Makan berselera especially menu orang tua macam ikan bersambal...apekah???

 Jalan dah boleh menapak 4-5 langkah tanpa jatuh..tapi dia lagi suka merangkak sebab sangat experts especially nak lari dari maknya. Kalau dia tak suka sesuatu menu...ha, memang azab le ko nak ngejor. Kalau dia suka foods tu, baru melaju datang cari kita. Cabaran mak-mak. Tekak kita rasa dah cukup sedap,tapi anak takmoh makan. Kena la try & error. If try & kid suka, lega seperiuk...cubanya try dok error-error jugak dia takmoh makan..alahhhhaaaaaaai

New attractive adalah anak tangga yang minimum dia panjat almost 10 kali se percubaan. Ko bayangkan le..asal kita ke dapur dia ke tangga, kita ke tandas dia ke tangga, kita jemur baju dia ke tangga. Mau pitam layan budak kecik ni. Ada gak niat nak pasang pagar. Tapi macam best plak bila tengok dia happy and dalam masa yang sama, otot2 dia pun become strong cenggitu. So, niat pasar pagar we put aside. Makanya bergilir-gilirlah makpak dan abang-abang amek turn pantau budak kecik ni manjat sampai ke atas.
 
Ouwh..dan lagi satu...dua jari itew masih kekal disitu. Entah bila nak hilang habit daaaaaa

02 November 2012

Dalam 1 cerita


Anak pertama telah berkembang dengan jayanya. Sihat walafiat dan tak surut-surut  walaupun orang kata dah pergi school, penat pagi petang dengan naik bas sekolah bagai...tapi dia tetap bertambah-tambah sihat...

Takpe la nak, esok dah pandai menyemart, taulah cara nak kuruskan badan. Sekarang ni tugas makpak jangan sampai dia overweight. Itu je. Yang lain tak ada masalah. Makan apa sahaja tapi berpada-pada.



Alkisahnya di satu hari yang sudahpun 3 minggu berlalu. Sambut birthday syafiq di tadika. Tahun ini tak dapat nak buat sosej roll kesukaan dia sebab time tu tengah reno dapur. Habuk segala maknenek habuk yang membawak syabil ke KPJ macam entry sebelumnya (itulah punca terbesor dia kena admit)



Abang yang soleh. Boleh la diharap dan menjadi orang kepercayaan makpak. Majlis ni pun kami tak hadir. Memasing membizi kerja. Kamera je pass kat si abang. Pepandailah dia nak snap gambar or mintak tolong teacher nya uruskan.


Aduhai...kenapo la memasing serius macam hape...kek birthday beli dari bakers cottage. Memula dah mikior taknak kek coklat sebab dah pun sedia homemade choc yang dibeli dari member. Takkan nak choklat lagikan, muntoh le gitu. Tapi bila butter risau muak pulok.

'Tak muak kak, kita letak fruits dalam kek tu..free je tak ada kos tambahan'.

Terus setuju tanpa dakwa dakwi. Balik kerja petang tu teachernya bekalkan sikit baki kek..dan ternyata sedap walaweiyh...

pssttt...princess sebelah tu sesuai je buat menantu sulong ai...hak2


Di satu hujung minggu yang lain pula follow hubby family day office@Sunway lagoon. Tempat tu memang tak ada dalam list lawatan kami sebab harga tiket yang humangaiiii tahan semput dibuatnya. Tahu, memang berbaloi dengan  pakej yang ditawarkan tapi pepaham je la kalau ada anak kecik. Bukannya larat nak cover satu hari untuk semua tempat tu. Jadinya bila family day buat kat situ, haruslah setuju. Percuma sajork

Dan memang sah...tak sempat round 3 theme yang ada. Just pergi waterpark sempena sukaneka besar-besaran disitu dan lepas majlis round ke zoo kecik kat situ.

Ouwh abang...dah besar sok mama nak tunjuk gambar ni. Betapa abang 'ada perut' satu ketika waktu dahulu..hewhewwww

Dan jumpa juga cik adek manis yang tidurnya alahhhaiii sopan-santun. korang pun tak tidur sesopan itu...wakakakakaaaa


Banyak cengkadak budak dua orang ni. Ada ke patut nak round 3 kali dalam mini zoo. Agak-agaklah dengan nak tolak stroller yang penuh baju mandi basah lencun berjemaah dengan dokong adek kecik hang yang taknak duduk dalam stroller tu. Takke lemah skru lutut dibuatnya. Belikan belon besarr terus diam. Good!!


Sebelum hadap pintu exit pun sempat jugak ngajak naik bendaklah ni. Abah korang je layan. Mama dok tepi urut kaki :p


Memang had fun di Sunway lagoon bagi kekanak riang dan bertabah lah wahai makpak yang bercita-cita membawa anak anda ke sana. Kami dah pergi...free lagi.hakhakk

Perkembangan Syabil. Peringkat umur setahun ni memang banyak yang dia perhati & follow apa yang orang sekelilingnya buat. Haritu sempat snap gambar ni

Dia dok perati abangnya main puzzle.



Abangnya naik atas, mendesup dia pun dok menery main jugak.

Itu belum cerita pasal main ipad. Abang-abangnya main, jari telunjuk dia pulak yang beriya-iya angkat jari telunjuk. Handphone pun dia dah pandai unlock screen main swipe jari je you..kehlass ko jahhhh



Ok nak tayang jugak cheese cake yang berjaya dibuat sekejapan yang amat. Memang sangat senang dan menyenangkan especially bagi ibuk-ibuk yang malas buat tapi rajin makan macam ai..segera je semuanya. tepung pun beli dari mrs. puex. Base pun senang nye alahai...pejam mata pun boleh buat..Ada sesiapa nak resipi ke? hahaaa


Sekian laporan dari saya. Berita lanjut akan ke udara ntah bila. Harap maklum, terima kasih.

Selamat berhujung minggu. Minggu ni  daku nak kerjakan daging koban. Menu dah ada, tinggal nak realisasikan...echewah, tetiba tinggi bahasa ibundaku. Syabbas betta. clap clap!!

24 October 2012

Admission@SMC hari-hari seterusnya

Cerita lama. Diabadikan dalam blog ni untuk ingatan maknya yang mempunyai memori mudah meruap



Kes tak lalu nak mengira hari

Setiap hari treatment yang sama.
  • Nebulizer setiap 3 jam
  • Sedut kahak melalui tiub yang dimasukkan ke dalam hidung & tekak setiap pagi
  • Makan ubat berjadual 3-4 jenis
Jadi 8.30 pagi terus ke Jabatan Fisioterapi untuk treatment sedut kahak. Memang pergi cepat-cepat. Sangat kasihan bila Syabil dok tadah tangan minta makanan bila dia nampak cikkak hantar breakfast ke katil around 7.30 pagi everyday.

Hari ke-2 dan ke-3 dia terus je menangis bila di baringkan atas katil untuk sesi pok-pok manja tu. Masuk hari ke-4 saje je ku tak follow. Hanya abahnya je yang hantar dan temankan. Ouwh pandai pulak dia senyap :p

Suami mithali ku. Setiap pagi lepas hantar Razin (anak sulong) ke sekolah dia akan temankan kami sampai habis treatment di fisio (ilebiuuuu)




Masuk bilik sedut kahak pun ku tak follow. just intai dari tepi pintu.


walaupun dibedung kuat. rontaan dan sepak terajangnya memang nurse kecik keding tak larat hokeh..tu kat hujung kaki dia actually abahnya tolong pegang sama.




Balik fisio bawa ke playground. Dia punya hepi, memang satu bilik tawaf. Gambar gegar putar alam 360 darjah :p


Setiap pagi dah masuk fisio, memang le dia cam sesangat. pandang papan tanda petanda dah ready silat gayung.








Anak sulung dapat temankan adiknya hujung minggu je. Dia kan exam minggu tu. Maka bergurulah dengan maknya atas katil. Dapat baby coat senang. Agak-agak adiknya mengacau ku transit ke situ. Memalam abang2nya yang tidur situ. Baby tidur dengan maknya. Senang nak neb & bagi ubat segala. Pantau suhu badan pun senang. Dan usah harap le tidur nyenyak kalau kat hospital kan. Setiap 3-4 jam nurses datang. So, sesiapa pun yang nak menjaga orang sakit ni, first kena stabilkan emosi, makan secukupnya & ambil vitamin jika perlu. memang bedan letih noks...kat situ tak terasa. Bila balik rumah...baru menikmati kefenatan itu. Lebih-lebih lagi fikir & prepare macam-macam. Untuk yang di hospitalnya dan untuk yang ditinggalkan dirumah juga :).

Duduk hospital 5 hari sampai dah tak tau nak main apa. Beruntungnya si kecik bila abang-abang sudi menemankan. Takle dia bosan merengek macam-macam. Alat neb tu pun dia main dah macam main masak-masak kekdahnya. Syok main sampai stoking tercabut. ada jugak yang memang dia sengaja tanggal campak dari baby coat. sekali buat boleh tahan...5 kali buat..pffttt.. hai la budak. mak hang ni penat tau duduk bangun ngambik stoking tu. Kan ke sejuk, kena pakai, ok!

Hari ke-6 alhamdulillah result fisio ok. Doktor pun allow discaj & set appointment a week after. Lega makpaknya. Syukur. Semoga baby Syabil terus sembuh dan syooooooooooh jauh2 penyakit itu. JANGAN datang lagi.


Minggu lepas jumpa doktor. Katanya syabil actually kena bronkitis. Ku gugel wikipedia dan ini sebahagian maklumat yang perlu tahu. For details sila gali di situ.

Bronkitis iritatif bisa disebabkan oleh:
  • Berbagai jenis debu
  • Asap dari asam kuat, amonia, beberapa pelarut organik, klorin, hidrogen sulfida, sulfur dioksida dan bromin
  • Polusi udara yang menyebabkan iritasi ozon dan nitrogen dioksida
  • Tembakau dan rokok lainnya.

InsyaAllah ku doakan antibodi dia getting strong as time goes by. BF membantu. Biasanya baby bawah 2 tahun memang mudah dijangkiti apa saja penyakit. There are fighting but trust me, dengan izin Allah baby yang BF akan survive dan become stronger after 2 years compare dengan babies non-BF.


Gambar kenangan dengan akak misi yang comel

07 October 2012

Admission@smc day-2


Mula 7 pagi syabil dah kena puasa. Bayangkan le anak kocik dok try nak gapai makanan...ooh sedih ku tengok. Terus jam tu jugak dokong bawa round keliling wad.

Dalam 8.30 dah kena masuk ke fisioterapi. Dupdapdupdap jantung den. Anak weiyh...luar nampak kental, dalam hanya DIA sahaje yang tahu.





Mula-mula cik misi tepuk-tepuk dada dan belakang badan dia. Mau dalam 10 minit macam tu. Dalam bilik dekat 5 kekanak juga tunggu turn nak kena pok-pok dengan cik misi. Kekecik macam anak den juga. Ada yang baby lagi, kesian!

Kemudian masuk pula ke bilik khas yang ada mesin sedut lendir tu. Dibalutnya syabil macam bendung tu, mengiringkan dan mula la masuk tiub ke hidung, di selang seli dengan ke mulut. Kena 2 orang misi ye..kuasa kuda budak kecik jangan dijangka!

Tak sampai hati nak upload gambar masa masuk tiub tu..sebak. Jadi simpanan peribadi je lah yea...tapi memang kena fokus sebab nak bagi budak sihat, kalau tidak kompom maknya orang pertama yang nanges. Alhamdulillah, i'm doing fine and baby pun fighting.

06 October 2012

Admission@smc





No choice....syabil perlu admit. Dah lama sangat dia batuk berkahak. Serangkai juga dengan demam on off dan selsema. Doktor kata baby tak pandai buang kahak/selsema so bila dah terlalu banyak menyebabkan gangguan pada salur pernafasan dan paru-paru. To prevent from getting worse, adalah lebih baik doktor pantau dan dok lah dendiam di hospital tu beberapa hari (akur).

Dan ku hangkut juga abanglong nya. Next week exam, ater kalo makcik ni tak pantau idaknya dia nak blajor...

Hmmm....bertabahlah chekpid! Doakan urusan kami dipermudahkan yea...

04 October 2012

Makcik, ni berapa ringgit



Haha..kalau ada yang dok tanya gitu, memang ku lesing. Takde gaya makcik kan? takde gaya penjual kan?

Lama tak jalan-jalan. Membizi tak tentu hala. Tapi semalam off day bersama-sama si suami untuk membeli-belah barang rumah...oh still bukan jalan-jalan for easy going jugerk. Entah bila nak lalalitamplum jalan-jalan makan-makan hepi-hepi....i wish sooner or later it will happend, insyaAllah.

Memang journey sungguh semalam sebab program penuh

- Breakfast kat luar dgn hubby. Pun tak boleh lomantik2, budak kecik dok pungpang campak sudu garpu keliling meja - sabaaaaaaaaaaar

- Uruskan tadika baru syafiq. Next year dia 6 tahun & mula bosan dengan tadika lama. Dah dok situ since 4yrs old makanya melaburlah duit ke tadika baru yang harganya, amet-amet luarbiasa mengalahkan budak sekolah rendah - hadappp dan bertabahlah

- Settle down kad kredit. Mak dah takmoh pakai...huhu takoott. Dulu tu apply masa kerje kt tempat lama yang selalu outstation. Then ke bank lain juga bayar installment rumah. Hawaitlah bank tu selalu offline system. Buat susah orang je. karang lewat bayor di caj nye kita - ntahapehape

- Order kek budak Syafiq. Esok nak buat makang-makang kat tadika lama dia. Nasib goodies dah settle- amin

- Nyopping tirai dapur yang boleh gulung ke atas tu. Dan nyopping juga barang2 baby serta di akhiri ke ikea menyambung nyopping barang rumah jugak

see....takde satu pun beli untuk diri sendiri. Terima kasih poplook (tiba-tiba)

26 September 2012

Cucuk setahun


Pagi tadi ke klinik bawa baby Syabil cucuk 1 tahun. Apa nama suntikannya ntah, lupa. tadi nurse ada bagitau. Kat buku pun ada tulis, tapi ye la..dah namanya pun individu memory mudah meruap memangler lupa sokmo padahal baru le sesangat berlakunya.

Budak tu cool ajer..layan blues di awal pagi. Nasib le tak susah bawak itu ini. Standby 2 jari dalam mulut dia udeh. settle ye pak!

Cucuk setahun kat bahu ye..idaknya di pangkal paha macam cucuk2 sebelumnya. Suntikan pun tidak membawa sampai ke demam jadi, dengan lega hati maknya tak perlu apply cuti extra. hope baik-baik saja.

Ini nak inform sikit pasal allergik to those ibu-ibu muda or separa muda ++ macam ahkak ni yang kena selalu alert dengan perkembangan anak.

Budak-budak kecik mudah kena ekzema. Ada yang sukar diubat dan ada yang hilang sendiri bila dah besar. Details in medication issue boleh le cik-cik puan explore sendiri. Tapi dalam ayat mudahnya, untuk pemakanan silalah pantau apa yang anak anda alergik makan sebab ia berbeza untuk setiap kekanak. Macam my eldest dulu dia alergik ayam. Setiap kali makan badan naik merah-merah. Hujung kuku pun nampak tak healthy & advice doktor senang je. Avoid makan ayam dan gunalah sabun organic..as simple as that. Alhamdulillah tak ada la pulak ekzemanya tu bertambah teruk. Kita kawal dulu..ia lebih mudah dari pikir cara nak mengubat, ye dok.

Ok topik lari sikit. Sebenarnya nak cerita pasal injection tadi. Sebelum anak-anak cik2 puan yang berkenaan nak diserah diri untuk cucuk, silalah bagi makanan dalam kuantiti yang banyak untuk certain protien contoh ayam, telur etc. Jika baby menunjukkan alahan/rushes sangatlah bagus anda kesan lebih awal sebelum cucuk sebab prosidur treatment akan berbeza jika doktor/nurse dapati yang baby anda alergik dengan benda2 tersebut. Gitulah dalam kata mudahnya.

Alhamdulillah, baby syabil ok dan tadi pun balik dengan senang hati. Cuma disebabkan waktu beradu dia diganggu gugat..maka jadilah rupa ini





*** Selingan dialog makpak

-- Kalau i pakai baju yang tak sesuai dengan umur i, u bagitau tau.
------- takpe, i jalan jauh-jauh


-- Macammana ye kalau one day i kena pakai gigi palsu... ( dengan harapan nak dipujuk2)
--------------  tak kisah, janji jangan bukak depan i


oooh suamiku....sungguh pedas menikam kalbu ayatmu itew...hakhakkk :p